Tidak perlu mengenakan ganti rugi kepada pencuri

TEKS BAHASA ARAB

لا يغرم صاحب سرقة إذا أقيم عليه الحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak perlu mengenakan ganti rugi kepada pencuri sekiranya dilaksanakan hudud ke atasnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 166-168, hadis nombor 157. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه النسائي (8/ 92- 93) والطبراني في الأوسط كما في نصب الراية (3/ 376) والدولابي في الكنى (2/ 139) والدارقطني (3/ 182) والبيهقي (8/ 277) ، وأبو نعيم في الحلية (8/ 322) من طريق المفضل بن فضالة، عن يونس بن يزيد، عن سعد بن إبراهيم، حدثني أخي المسور بن إبراهيم، عن عبد الرحمن بن عوف مرفوعاً به. قال النسائي: هذا مرسل، وليس بثابت. وقال الطبراني: لا يروي عن عبد الرحمن بن عوف إلا بهذا الإسناد، وهو غير متصل؛ لأن المسور لم يسم من جده عبد الرحمن وكذا قال البزار. وقال أبو حاتم: هذا حديث منكر ومسور لم يلق عبد الرحمن وهو مرسل أيضاً. ذكره ولده في العلل (1/ 452/ 1357) . وقال الدارقطني: المسور لم يدرك عبد الرحمن بن عوف فإن صح إسناده فهو مرسل وسعد بن إبراهيم مجهول. قال ابن القطان: وصدق فيما قال ثم قال: وفيه مع الانقطاع بين المسور وجده عبد الرحمن بن عوف انقطاع آخر بين المفضل ويونس فقد رواه إسحاق بن الفرات عن المفضل بن فضالة، فجعل فيه الزهري، بين يونس بن يزيد وسعد بن إبراهيم. قال: وفيه مع ذلك الجهل بحال المسور فإنه لا يعرف له حال أهـ‍.
قلت: وقد اختلف فيه عن المفضل بن فضالة اختلافاً كثيراً. فرواه سعيد بن عفير عنه عن يونس بن يزيد عن سعد بن إبراهيم حدثني أخي المسور عن أبيه عن عبد الرحمن بن عوف به. أخرجه ابن حرير في تهذيب الآثار ومن طريقه ابن عبد البر في التمهيد كما في الجوهر النقي (8/ 277) لابن التركماني. ولكن قال الدارقطني في العلل (ج 1/ ق 113/ 1) : ولا يثبت هذا القول.
يعني لا يثبت ذكر والد المسور في الإسناد. وراوه إسحاق بن الفرات عن المفضل عن يونس بن يزيد عن الزهري عن سعد بن إبراهيم عن المسور بن مخرمة عن عبد الرحمن بن عوف به.
أخرجه الدارقطني (3/183) وقال: هذا وهم من وجوه عدة وقال في العلل : ولا يصح هذا القول. وفي هذا ردٌّ على ابن القطان في إثبات الانقطاع بين يونس وسعد بن إبراهيم بمثل هذا السند. وقال الدارقطني في العلل : وقال ابن لهيعة، عن سعد بن إبراهيم عن المسور بن محزمة عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا يصح هذا وهو مضطرب غير ثابت. أهـ‍.
وقال البيهقي: فإن كان سعد بن إبراهيم بن عبد الرحمن بن عوف فلا نعرف بالتواريخ له أخاً معروفاً بالرواية يقال له المسور. ولا يثبت للمسور الذي ينسب إليه سعد بن محمد بن المسور بن إبراهيم سماع من جده عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه ولا رؤية فهو منقطع.
فتعقبه ابن التركماني بقوله: قلت: في كتاب ابن أبي حاتم: مسور بن إبراهيم بن عبد الرحمن بن عوف أخو سعد وصالح ابني إبراهيم روى عن عبد الرحمن بن عوف مرسلاً، ورى عنه أخوه سعد بن إبراهيم. سمعت أبي يقول ذلك. وذكر ذلك صاحب الكمال فظهر بهذا أن سعداً هو ابن إبراهيم بن عبد الرحمن بن عوف، وأنه لا وجه لترديد البيهقي. أهـ‍.
قلت: وكلام ابن التركماني رحمه الله متجه، لكن لي نظر وذلك أن البيهقي قال: لا نعرف له أخاً معروفاً بالرواية. وهذا القول حق، فإن المسور، وإن كان لسعد بن إبراهيم لكنه غير معروف بالرواية كما يُعلم من قول الدارقطني: مجهول وكذا قول ابن القطان. وقد ترجم له ابن أبي حاتم (4/ 1/ 298) فلم يذكر فيه جرحاً ولا تعديلاً. فهو مجهول الحال.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Nasa’ei (8/92-93), al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam Nasb al-Rayah (3/376), al-Dawlabi dalam al-Kuna (2/139), al-Daraqutni (3/182), al-Baihaqi (8/277), dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (8/322) melalui sanad al-Mufadhdhal bin Fudhalah daripada Yunus bin Yazid daripada Sa’d bin Ibrahim, katanya saudara saya, al-Miswar bin Ibrahim telah menceritakan kepada saya daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf secara marfu’ hadith tersebut.
Al-Nasa’ei telah memberi komentar dengan berkata: “Ini adalah mursal, ianya tidak thabit”. Manakala al-Tabarani berkata: “Tidak ada yang meriwayatkan daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf kecuali dengan sanad ini, ianya tidak bersambung kerana al-Miswar tidak pernah mendengar hadith daripada datuknya, ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf”. Demikian juga kata al-Bazzar. Abu Hatim juga berkata: “Hadith ini munkar, Miswar tidak pernah bertemu ‘Abd al-Rahman, ianya juga mursal”. Anak beliau menyebutkannya dalam al-‘Ilal (1/432/1357). Al-Daraqutni berkata: “al-Miswar tidak pernah bertemu ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, sekiranya sanadnya sahih, ianya tetap mursal, juga Sa’d bin Ibrahim seorang yang majhul”.
Ibn al-Qattan berkata: “Benar apa yang beliau katakan”, kemudian beliau berkata: “Disamping sanadnya terputus antara al-Miswar dan datuknya, ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, juga terputus sanad antara al-Mufadhdhal dan Yunus. Ishaq bin al-Furat telah meriwayatkannya daripada al-Mufadhdhal bin Fudhalah, beliau menyebutkan al-Zuhri dalam sanadnya antara Yunus bin Yazid dan Sa’d bin Ibrahim. Katanya: Dalam sanad tersebut, disamping al-Miswar tidak diketahui statusnya, beliau (Sa’d bin Ibrahim) juga tidak diketahui statusnya”.
Saya berkata: Berlaku perbezaan riwayat yang banyak dalam sanad tersebut daripada al-Mufadhdhal bin Fudhalah. Sa’id bin ‘Ufair telah meriwayatkannya daripada al-Mufadhdhal daripada Yunus bin Yazid daripada Sa’d bin Ibrahim, katanya saudara saya, al-Miswar telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf hadith tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar, juga oleh Ibn ‘Abd al-Bar dalam al-Tamhid daripada Ibn Jarir sebagaimana dalam al-Jawhar al-Naqi (8/277) oleh Ibn al-Turkumani.
Namun, al-Daraqutni berkata dalam al-‘Ilal (juz 1/hlm. 113/1): “Pendapat ini tidak thabit”.Maksudnya tidak thabit menyebutkan ayat kepada al-Miswar dalam sanad tersebut. Ishaq bin al-Furat telah meriwayatkannya daripada al-Mufadhdhal daripada Yunus bin Yazid daripada al-Zuhri daripada Sa’d bin Ibrahim daripada al-Miswar bin Makhramah daripada’ Abd al-Rahman bin ‘Awf hadith tersebut. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Daraqutni (3/183) seraya berkata: “Sanad ini adalah suatu kekeliruan melalui beberapa sudut”.
al-Daraqutni turut mengulas dalam al-‘Ilal: “Pendapat ini tidak sahih”. Ini menolak pendapat Ibn al-Qattan yang menetapkan berlakunya terputus sanad antara Yunus dan Sa’d bin Ibrahim dengan sanad seumpama ini. Al-Daraqutni berkata juga dalam al-‘Ilal: “Ibn Lahi’ah berkata daripada Sa’d bin Ibrahim daripada al-Miswar bin Makhramah daripada Nabi SAW, ini tidak sahih, ianya mudhtarib (tidak tetap) lagi tidak thabit”. Al-Baihaqi berkata: “Sekiranya Sa’d bin Ibrahim bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, maka kami tidak ketahui berdasarkan sejarah bahawa beliau mempunyai saudara yang terkenal dalam meriwayatkan hadith yang disebut al-Miswar. Tidak thabit bagi al-Miswar yang kepadanya dinisbahkan Sa’d bin Muhammad bin al-Miswar bin Ibrahim, bahawa beliau mendengar hadith daripada datuknya ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA, juga tidak thabit beliau melihatnya, maka ianya terputus sanad..”.
Ibn al-Turkumani telah memberikan komentar terhadap al-Baihaqi, katanya: “Saya berkata: Dalam kitab Ibn Abi Hatim menyebutkan: ‘Miswar bin Ibrahim bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf saudara Sa’d dan Soleh, keduanya anak lelaki kepada Ibrahim. Beliau meriwayatkan daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf secara mursal. Saudaranya, Sa’d bin Ibrahim telah meriwayatkan daripada beliau. Saya (Ibn Abi Hatim) telah mendengar ayah saya menyebutkannya’, juga disebutkan oleh penulis kitab al-Kamal. Maka jelaskan bahawa Sa’d tersebut adalah Ibn Ibrahim bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, tidak ada sebab untuk al-Baihaqi ulanginy”.
Saya berkata: Kalam Ibn al-Turkumani RH itu adalah benarnya, namun saya pandangan, iaitu al-Baihaqi berkata: “Beliau tidak diketahui adanya saudara yang terkenal meriwayatkan hadith”, kata-kata ini benar kerana al-Miswar sekalippun Sa’d bin Ibrahim ada meriwayatkan daripada beliau, namun beliau tidak dikenali meriwayatkan hadith sebagaimana yang boleh diketahui melalui kata-kata al-Daraqutni: “Majhul”, demikian juga kata Ibn al-Qattan. Ibn Abi Hatim (4/1/298) sendiri ada membuat biografi al-Miswar, namun beliau tidak menyebutkan samada kritikan mahupun pujian terhadap al-Miswar. Oleh itu, beliau seorang yang Majhul al-Hal (Tidak diketahui statusnya). Kesimpulannya, hadith ini tidak sahih, kerana sanadnya mudhtarib (keceramuk), kemudian kerana terputus sanad. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.