Rasulullah SAW pernah ditanya tentang firman Allah SWT: Mereka adalah orang-orang yang lalai terhadap solat mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سئل رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عن قوله تعالى {الذين هم عن صلاتهم ساهون} ، قال: إضاعة الوقت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang firman Allah SWT : "Mereka adalah orang-orang yang lalai terhadap solat mereka". Baginda bersabda : mensia-siakan waktu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 169-170, hadis nombor 158. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البزار (ج 1/ رقم 392) وابن أبي حاتم في العلل (1/ 187/ 536) وابن جرير في تفسيره (30/ 311) والعقيلي في الضعفاء (3/ 377) والدولأبي في الكنى (2/ 58) والبيهقي (2/ 214، 215) والطبراني في الأوسط كما في المجمع (7/ 143) والبغوي في شرح السنة (2/ 246) من طرق عن عكرمة بن إبراهيم ثنا عبد الملك بن عمير عن مصعب بن سعد عن أبيه سعد بن أبي وقاص. فذكره.
قال البزار: لا نعلم أحدا أسنده إلا عكرمة وهو لين الحديث وقد رواه الثقات الحفاظ عن عبد الملك عن مصعب بن سعد عن أبيه موقوفا. وقال أبو زرعة: هذا خطأ والصحيح موقوف. قال العقيلي: الموقوف أولى.
قلت: وهذا حديث ضعيف، وله علتان:
الأولى: ضعف عكرمة بن إبراهيم. ضعفه النسائي وابن حبان. وقال ابن معين وأبو داود: ليس بشيء. وقال العقيلي: في حفظه اضطراب.
العلة الثانية: أن عكرمة بن إبراهيم خولف فيه. فقد أخرجه ابن جرير (30/ 311) وأبو يعلى في مسنده (ج2/ رقم 704، 705) والعقيلي والبيهقي (2/ 214) من طريق عاصم بن بهدلة، عن مصعب بن سعد قال: قلت لأبي: يا أبتاه أرأيت قوله: {الذين هم عن صلاتهم ساهون} أسهو أحدنا في صلاته، حديث نفسه؟ قال سعد: أو ليس كلنا يفعل ذلك؟ ولكن الساهي عن صلاته الذي يصليها لغير وقتها، فذلك الساعي عنها.
قلت: وسنده حسن كما قال الهيثمي (1/ 325) . وقد رواه مع عاصم بن بهدلة جماعة منهم طلحة بن مصرف وسماك بن حرب وموسى الجهني. كل هؤلاء رووه عن مصعب بن سعد موقوفا فروايتهم أرجح بغير شك.
فالصواب أن الحديث موقوف. وهو الذي صوبه الدارقطني في العلل (ج 1/ ق 116/ 1) . والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Bazzar (juz 1/hadith : 392), Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal (1/187/536), Ibn Jarir dalam Tafsir beliau (30/311), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (3/377), al-Dawlabi dalam al-Kuna (2/58), al-Baihaqi (2/214, 215), al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (7/143) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (2/246) melalui sanad ‘Ikrimah bin Ibrahim, katanya ‘Abd al-Malik bin ‘Umair telah menceritakan kepada kami daripada Mus’ab bin Sa’d daripada ayahnya Sa’d bin Abi Waqqas, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui adanya perawi yang meriwayatkannya secara musnad (marfu’) selain ‘Ikrimah, beliau seorang yang lemah hadithnya. Para perawi thiqah lagi huffaz telah meriwayatkannya daripada ‘Abd al-Malik daripada Mus’ab bin Sa’d daripada ayahnya secara mawquf"., Abu Zur’ah juga berkata: "Ini suatu kesilapan, sebetulnya secara mawquf". Al-‘Uqaili berkata: "Riwayat yang mawquf lebih utama".
Saya berkata: Hadith ini dha’if, terdapat dua kecacatan:
Pertama: ‘Ikrimah bin Ibrahim seorang yang dha’if. Beliau telah dinilai dha’if oleh al-Nasa’ei, dan Ibn Hibban. Ibn Ma’in dan Abu Daud berkata: "Beliau tidak ada nilai". Al-‘Uqaili pula berkata: "Pada hafalan beliau ada ketidaktetapan".
Kecacatan kedua: ‘Ikrimah bin Ibrahim, diriwayatkan berbeza dalam sanad tersebut. Ibn Jarir (30/311), Abu Ya’la dalam Musnad beliau (juz 2/ : hadith 704, 705), al-‘Uqaili dan al-Baihaqi (2/214) telah meriwayatkannya melalui sanad ‘Asim bin Bahdalah daripada Mus’ab bin Sa’d, katanya: Saya berkata kepada ayah saya: "Wahai ayah! Apa pandangan anda tentang ayat: "Mereka adalah orang-orang yang lalai terhadap solat mereka", adakah maksud seseorang kita lalai terhadap solatnya kerana (sibuk) berbicara dalam hati (ketika solat)?". Sa’d menjawab: "Bukankah semua kita kerap melakukannya? Sebaliknya, orang yang lalai terhadap solatnya adalah orang yang solat bukan pada waktunya, kerana itulah disebutkan orang yang lalai terhadap solatnya".
Saya berkata: Sanadnya hasan sebagaimana disebutkan oleh al-Hatithami (1/325). Disamping ‘Asim bin Bahdalah, sekumpulan perawi juga meriwayatkannya, antaranya Talhah bin Musarrif, Simak bin Harb dan Musa al-Juhani. Kesemua mereka telah meriwayatkannya daripada Mus’ab bin Sa’d secara mawquf. Tanpa ragu-ragu lagi bahawa riwayat mereka adalah lebih tepat. Oleh itu, sebetulnya hadith tersebut adalah mawquf. Inilah yang dianggap tepat oleh al-Daraqutni dalam al-‘Ilal (juz 1/hlm. 116/1). Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.