Beriman kepada Allah tidak sempurna sehingga lima perkara berada dalam hatinya

TEKS BAHASA ARAB

لا يكتمل الإيمان بالله حتى يكون فيه خمس خصال: التوكل على الله والتفويض إلى الله والتسليم لأمر الله والرضا بقضاء الله والصبر على بلاء الله. إنه من أحب لله وأبغض لله وأعطى لله ومنع لله فقد استكمل الإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beriman kepada Allah tidak sempurna sehingga lima perkara berada dalam hatinya. Iaitu tawakkal kepada Allah, berserah kepada Allah, patuh kepada perintah Allah, redha dengan ketentuan Allah dan bersabar atas ujian yang diberikan oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan dan menahan (daripada melakukan maksiat) kerana Allah, maka sempurnalah imannya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 162-165, hadis nombor 156. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه الخطيب في التاريخ (9/ 444) وعنه ابن الجوزي في الموضوعات (1/ 136) من طريق أبي القاسم زيد رفاعة الهاشمي حدثنا محمد بن يحيى، حدثنا عبد الله بن المعتز حدثنا عفان بن مسلم، حدثنا حماد بن سلمة، عن رجل، عن نافع، عن ابن عمر مرفوعا فذكره.
قال الخطيب: هذا الحديث باطل بهذا الإسناد، وابن المعتز لم يكن ولد في وقت عفان بن مسلم، فضلا عن أن يكون سمع منه، وأراه من صنعة زيد بن رفاعة، فإنه كان يضع الحديث أهـ‍.
ولجزئه الأول طريق آخر عن ابن عمر مرفوعا. أخرجه البزار (ج 1/ رقم 29) من طريق سعيد بن سنان، عن أبي الزاهرية، عن كثير بن مرة، عن ابن عمر مرفوعا: خمس من الإيمان، من لم يكن فيه شيء منه، فلا إيمان له: التسليم لأمر الله والرضا بقضاء الله والتفويض إلى أمر الله والتوكل على الله والصبر عند الصدمة الأولى…الحديث. قال البزار: علته سعيد بن سنان.
قلت: وسنده واه.وسعيد بن سنان ضعفه أحمد وأبو زرعة وأبو حاتم وغيرهم.وقال البخاري ومسلم وابن حبان، وأحمد بن صالح. منكر الحديث. وتركه النسائي بل اتهمه الدارقطني بوضع الحديث. وقال ابن معين: لا يعتبر بحديثه.
أما آخر الحديث: أنه من أحب الله الخ فهو صحيح، وله شواهد منها:
عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: من أحب لله وأبغض لله وأعطى لله ومنح لله فقد استكمل الإيمان.
أخرجه أبو داود (4681) والطبراني في الكبير (ج 8/ رقم 7613، 7737، 7738) والبيهقي في الاعتقاد (178-179) والبغوي في شرح السنة (13/ 54) والشجري في الآمالي (2/ 140، 150، 152) من طريق يحيى بن الحارث عن القاسم بن عبد الرحمن عن أبي أمامة مرفوعا به. وهذا سند حسن لأجل القاسم بن عبد الرحمن.
عن معاذ بن أنس مرفوعا بنحوه وفيه: وأنكح لله.أخرجه الترمذي (2521) وأحمد (3/ 440) والحاكم (2/ 164) من طريق أبي مرحوم،عبد الرحيم بن ميمون عن سهل بن معاذ بن أنس عن أبيه به. قال الترمذي: هذا حديث حسن.
قلت: يعني لأجل شواهده. وأبو مرحوم يضعف من قبل حفظه. وسهل بن معاذ ضعفه ابن معين وابن حبان ووثقه العجلي. فمثله يقوى في الشواهد. ومع ذلك يقول الحاكم: صحيح على شرط الشيخين والغريب أن يوافقه الذهبي فسبحان من لا يضل ولا ينسى. وقد رواه زبان بن فائد عن سهل بن معاذ به.أخرجه أحمد (3/ 438) والطبراني في الكبير (ج 20/ رقم 412) من طريق ابن لهيعة، عن زبان به. وسنده ضعيف لأجل ابن لهيعة وزبان. وتقدم الكلام في سهل بن معاذ. عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: أوثق عرى الإيمان الحب في الله والبغض في الله.
أخرجه الطيالسي (378) ، والطبراني في ((الكبير)) (ج 10/ رقم 10531) ، وفي الصغير (1/ 223- 224) والحاكم (2/ 480) من طريق الصعق بن حزن عن عقيل بن يحيى عن أبي إسحاق الهمداني عن سويد بن غفلة عن ابن مسعود وساق حديثا طويلا. قال الطبراني: لم يروه عن أبي إسحاق إلا عقيل، تفرد به الصعق. وقال الحاكم: صحيح الإسناد ولم يخرجاه
فتعقبه الذهبي: قلت: ليس بصحيح، فإن الصعق وإن كان موثقا فإن شيخه منكر الحديث قاله البخاري.
قلت: وأبو إسحاق: هو السبيعي، مدلس، وكان اختلط.ولكن أخرجه الطبراني في الكبير (ج 10/ رقم 10357) من طريق بكير بن معروف عن مقاتل بن حيان عن القاسم بن عبد الرحمن عن أبيه عبد الله بن مسعود مرفوعا بنحوه. قال الهيثمي (7/ 260- 261) : رواه الطبراني بإسنادين رجال أحدهما رجال الصحيح، غير بكير بن معروف. وثقه أحمد وغيره، وفيه ضعف. فهذا يصلح في الشواهد والمتابعات. وله شاهد من حديث البراء بن عازب رضي الله عنه.
أخرجه أحمد (4/ 286) والطيالسي (747) وابن أبي شيبة في الإيمان (110) وابن قدامة في المتحابين في الله (رقم 5) من طريق ليث بن أبي سليم، عن عمرو بن مرة عن معاوية بن سويد بن مقرن، عن البراء بن عازب مرفوعا بنحوه. قال العراقي في المغني (2/ 157) : فيه ليث بن أبي سليم، مختلف فيه.
وفي الباب عن أبي ذر رضي الله عنه. أخرجه أبو داود (4599) وأحمد (5/ 146) بسند ضعيف. وجملة القول : أن آخر الحديث صحيح لأجل هذه الشواهد. والله أعلم.

Dha’if Jiddan (Terlalu lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Khatib dalam al-Tarikh (9/444), ia juga diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at (1/136) daripada al-Khatib, melalui sanad Abu al-Qasim Zaid Rifa’ah al-Hashimi, katanya Muhammad bin Yahya telah menceritakan kepada kami, katanya Abd Allah bin al-Mu’taz telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Affan bin Muslim telah menceritakan kepada kami, katanya Hammad bin Salamah telah menceritakan kepada kami daripada seorang lelaki daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Khatib berkata: "Hadith ini batil dengan sanad ini. Ibn al-Mu’taz belum dilahirkan pada waktu ‘Affan bin Muslim, apalagi untuk beliau mendengar daripada ‘Affan. Saya berpandangan hadith ini rekaan Zaid bin Rifa’ah, kerana beliau seorang yang selalu mereka-reka hadith".
Bahagian pertama hadith turut diriwayatkan melalui sanad lain daripada Ibn ‘Umar secara marfu’. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Bazzar (juz 1/hadith : 29) melalui sanad Sa’id bin Sinan daripada Abu al-Zahariyyah daripada Kathir bin Murrah daripada Ibn ‘Umar secara marfu’: "Lima perkara termasuk iman, sesiapa yang tidak mempunyai mana-mana perkara tersebut, maka tidak ada iman baginya, iaitu: Tunduk kepada perintah Allah, redha terhadap ketentuan Allah, menyerahkan segalanya kepada urusan Allah, tawakkal kepada Allah dan bersabar ketika pukulan pertama".
Al-Bazzar berkata: ‘Kecacatannya adalah Sa’id bin Sinan".
Saya berkata: Sanadnya wahin (terlalu dha’if). Sa’id bin Sinan telah dinilai dha’if oleh Ahmad, Abu Zur’ah, Abu Hatim dan lain-lain. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Hibban dan Ahmad bin Soleh berkata: "Munkar al-Hadith". Al-Nasa’ei telah meninggalkan riwayat beliau, bahkan al-Daraqutni mendakwa Sa’id memalsukan hadith. Ibn Ma’in juga berkata: "Hadithnya tidak boleh diambilkira". Manakala, bahagian akhir hadith: "Sesungguhnya sesiapa yang mencintai kerana Allah…", ianya hadith sahih. Terdapat sokongan bagi bahagian hadith itu, antaranya daripada Abu Umamah secara marfu’: "Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberikan sesuatu kerana Allah dan menahan kerana Allah, maka sempurnalah imannya".
Ianya telah diriwayatkanoleh Abu Daud (4681), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 8/hadith : 7613, 7737, 7738), al-Baihaqi dalam al-I’tiqad (178-179), al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (13/54), al-Shajari dalam al-Amali (2/140, 150, 152) melalui sanad Yahya bin al-Harith daripada al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman daripada Abu Umamah secara marfu’ hadith tersebut. Ini adalah sanad yang hasan disebabkan oleh al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman. Juga daripada Mu’az bin Anas secara marfu’ dengan lafaz sepertinya, Cuma disebutkan di dalamnya: "Dan berkahwin kerana Allah", ianya telah diriwayatkan n oleh al-Tirmizi (2521), Ahmad (3/440), dan al-Hakim (2/164) melalui sanad Abu Marhum ‘Abd al-Rahman bin Maimun daripada Sahl bin Mu’az bin Anas daripada ayahnya hadith tersebut.
Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith hasan".
Saya berkata: Maksudnya disebabkan oleh sokongan-sokongan terhadap hadith tersebut. Abu Marhum dinilai dha’if dari sudut hafalan beliau. Manakala, Sahl bin Mu’az pula telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in dan Ibn Hibban. Al-‘Ijli menilai beliau sebagai thiqah. Perawi seperti beliau boleh dikuatkan dengan riwayat-riwayat sokongan. Namun, al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim". Peliknya, al-Zahabi bersetuju dengan beliau. Mahasuci Allah Tuhan yang tidak tersasar dan tidak lupa. Zabban bin Fa’id juga telah meriwayatkan hadith tersebut daripada Sahl bin Mu’az dengan sanad beliau. Ianya telah diriwayatkan oleh Ahmad (3/438) dan al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 20/hadith : 412) melalui sanad Ibn Lahi’ah daripada Zabban dengan sanadnya. Sanadnya dha’if disebabkan oleh Ibn Lahi’ah dan Zabban.
Manakala berkenaan Sahl bin Mu’az pula telah disebutkan sebelum ini. Juga daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’: "Tabir iman yang paling kukuh adalah kecintaan kerana Allah dan kebencian kerana Allah". Ianya telah diriwayatkan oleh al-Tayalisi (378), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 10/hadith : 10531), juga dalam al-Saghir (1/223-224) dan al-Hakim (2/480) melalui sanad al-Sa’q bin Hazn daripada ‘Uqail bin Yahya daripada Abu Ishaq al-Hamdani daripada Suwaid bin Ghaflah daripada Ibn Mas’ud, beliau membawakan hadith yang panjang.
Selain itu, al-Tabarani juga berkata: "Tidak ada yang meriwayatkan hadith ini daripada Abu Ishaq kecuali ‘Uqail, al-Sa’q bersendirian meriwayatkan hadith ini". Al-Hakim berkata: "Sanadnya sahih, namun al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya". Lalu al-Zahabi memberikan komentar terhadap al-Hakim: "Saya berkata: Tidak sahih, kerana al-Sa’q walaupun beliau ada dinilai thiqah, namun guru beliau seorang yang Munkar al-Hadith sebagaimana dikatakan oleh al-Bukhari".
Saya berkata: Abu Ishaq, beliau adalah al-Sabi’ei, seorang Mudallis juga mengalami kecelaruan fikiran pada akhir usia. Namun, al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 10/hadith : 10357) telah meriwayatkan hadith tersebut melalui sanad Bukair bin Ma’ruf daripada Muqatil bin Hayyan daripada al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman daripada ayahnya Abd Allah bin Mas’ud secara marfu’ dengan lafaz yang hampir sama. Al-Haitham (7/260-261) berkata: "al-Tabarani telah meriwayatkannya melalui dua sanad, para perawi salah satu sanadnya adalah perawi-perawi sahih selain Bukair bin Ma’ruf. Ahmad dan lain-lain telah menilai beliau sebagai thiqah, namun pada beliau ada kelemahan".
Oleh itu, sanad ini boleh digunakan dalam bab riwayat-riwayat sokongan dan penguat. Hadith tersebut juga mempunyai sokongan daripada Hadith al-Bara’ bin ‘Azib RA. Ianya telah diriwayatkan oleh Ahmad (4/286), al-Tayalisi (747), Ibn Abi Shaybah dalam al-Iman (110), dan Ibn Qudamah dalam al-Mutahabbin Fi Allah (hadith : 5) melalui sanad Laith bin Abi Sulaym daripada ‘Amr bin Murrah daripada Mu’awiyah bin Suwaid bin Maqarrin daripada al-Bara’ bin ‘Azib secara marfu’ dengan lafaz hampir sama. Al-‘Iraqi berkata dalam al-Mughni (2/157): "Dalam sanadnya terdapat Laith bin Abi Sulaym, berlaku perbezaan pendapat berkenaan beliau". Dalam bab tersebut juga turut diriwayatkan daripada Abu Zar RA. Ianya telah diriwayatkan oleh Abu Daud (4599) dan Ahmad (5/146) dengan sanad yang dha’if.
Kesimpulannya, bahhagian akhir hadith tersebut adalah sahih disebabkan oleh riwayat-riwayat sokongan ini. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.