Tidak ditimpa ke atas seorang mukmin peluh (disebabkan sesuatu kesusahan apapun)

TEKS BAHASA ARAB

ما ضرب على مؤمن عرق قط؛ إلا حط الله عنه به خطيئة، وكتب له حسنة، ورفع له درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ditimpa ke atas seorang mukmin peluh (disebabkan sesuatu kesusahan apapun), kecuali Allah akan menghapuskan dosa dengannya, dan menuliskan kebaikan untuknya, serta menaikkan darjatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 617, hadis nombor 3217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((ما ضرب على مؤمن عرق قط؛ إلا حط الله عنه به خطيئة، وكتب له حسنة، ورفع له درجة)). [ابن أبي الدنيا في ((الكفارات))، الدولابي، ابن شاهين، طس، ك، فر، ((الضعيفة)) (4456)].

(Lemah)
Daripada Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ditimpa ke atas seorang mukmin peluh (disebabkan sesuatu kesusahan apapun), kecuali Allah akan menghapuskan dosa dengannya, dan menuliskan kebaikan untuknya, serta menaikkan darjatnya.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam al-Kaffarat, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma’, Ibn Shahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4456].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs