Hutang mesti dibayar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نعم؛ فإنه دين مقضي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya, ia (korban) adalah hutang yang mesti dilunaskan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 617, hadis nombor 3219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها – قالتْ: قُلْتُ: يا رسول الله! أستدين وأضحي؟ قال: ((نعم؛ فإنه دين مقضي)). [قط، هق، ((الضعيفة)) (4145)].

(Munkar) Daripada Aishah RA beliau berkata: Aku bertanya (kepada Rasulullah): "Wahai Rasulullah SAW! Aku berhutang dan (bolehkah dengan menggunakan hutang itu) aku melakukan korban?." Baginda bersabda: ((Ya, ia (korban) adalah hutang yang mesti dilunaskan.))
[Riwayat Sunan al-Daraqutni, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4145]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.