Rasulullah SAW berlapar selama tiga hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أما إنه أول طعام دخل بطن أبيك منذ ثلاثة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ia adalah makanan pertama yang masuk dalam perut ayahmu sejak 3 hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 619, hadis nombor 3222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) أن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: أن فاطمة بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جاءتْ بكسرة خبز إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((ما هذه الكسرة يا فاطمة؟!)) قالتْ: قرص خبزته؛ فلم تطب نفسي حتى أتيتك بهذه الكسرة. قال: ((أما إنه أول طعام دخل بطن أبيك منذ ثلاثة أيام)). [ابن أبي الدنيا في ((الجوع))، طب، أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، هب، حم، تخ، ((الضعيفة)) (4873)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Fatimah binti Rasulullah SAW datang dengan sebuku roti kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)) Beliau bekata:..yang aku jadikan roti, jiwaku merasa tidak tenang sehingga aku mendatangkan kepadamu roti ini.” Baginda bersabda: ((Ia adalah makanan pertama yang masuk dalam perut ayahmu sejak 3 hari.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu al-Syaikh dalam Akhlak al-Nabi SAW, al-Bayhaqi dalam Syuab al-Iman, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4873].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.