Tidak boleh memohon dengan Zat Allah melainkan memohon syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يسأل بوجه الله إلا الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak boleh memohon dengan zat Allah melainkan memohon syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 110, hadis nombor 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (5/ 88- عون) ومن طريقه الخطيب في الموضح (1/ 352- 353) من طريق يعقوب بن إسحاق الحضرمي عن سليمان بن معاذ، أخبرنا ابن المنكدر عن جابر مرفوعاً فذكره. وأخرجه ابن عدي في الكامل (3/ 1107) من طريق يعقوب عن سليمان بن قرم عن ابن المنكدر به. فاختلف العلماء: هل سليمان بن قرم وسليمان بن معاذ رجل واحد أم أثنان؟ ‍ففرق بينهما البخاري والعقيلي (ق 83/02) وابن عدي. وقال أبو حاتم، والطبراني والدارقطني: هما واحد. قال عبد الغني بن سعيد في إيضاح الإشكال : من فرق بينهما فقد أخطأ. قلت: وهذا ما أميل إليه، ولعل من قال: سليمان بن معاذ يكون قد نسب سليمان بن قرم إلى جده؛ فإن اسمه سليمان بن قرم بن معاذ والله أعلم. وسليمان هذا ضعيف. قال ابن معين: ليس بشيء. وضعفه ابن القطان وغيره، وقد تفرد بالحديث. قال ابن عدي: وهذا الحديث لا أعرفه عن محمد بن المنكدر إلا من رواية سليمان بن قرم. أ. هـ‍.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (5/88 – ‘Awn), dan al-Khatib dalam al-Mudhih (1/352-353) daripada Abu Daud, melalui sanad Ya’qub bin Ishaq al-Hadhrami daripada Sulayman bin Mu’az, katanya Ibn al-Munkadir telah khabarkan kepada kami daripada Jabir secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu. Ianya juga telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1107) melalui sanad Ya’qub daripada Sulayman bin Qarm daripada Ibn al-Munkadir dengan sanadnya. Ulama berbeza pandangan samada Sulayman bin Qarm dan Sulayman bin Mu’az adalah orang yang sama atau dua orang yang berlainan? Al-Bukhari, al-‘Uqaili (hlm. 02/83) dan Ibn ‘Adi berpandangan mereka berbeza. Abu Hatim, al-Tabarani dan al-Daraqutni mengatakan mereka adalah orang yang sama. ‘Abd al-Ghani bin Sa’id dalam Idhah al-Ishkal berkata; "Sesiapa yang membezakan antara mereka berdua, maka dia tersilap". Saya berkata: Inilah pandangan yang saya cenderung kepadanya. Boleh jadi orang yang mengatakan "Sulayman bin Mu’az" adalah menasabkan "Sulayman bin Qarm" kepada datuknya. Ini kerana, nama beliau adalah Sulayman bin Qarm bin Mu’az. Wallahua’lam. Sulayman ini adalah seorang yang dha’if. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak ada nilainya". Ibn al-Qattan dan lain-lain telah menilai beliau sebagai dha’if, lagi pula beliau bersendirian meriwayatkan hadith ini. Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini tidak saya ketahui diriwayatkan daripada Muhammad bin al-Munkadir selain daripada riwayat Sulayman bin Qarm".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.