Tidak ada ketabahan kecuali pada orang yang mengalami ujian

TEKS BAHASA ARAB

لا حليم إلا ذو عثرة ولا حكيم إلا ذو تجربة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada ketabahan kecuali pada orang yang mengalami ujian dan tidak ada kebijaksanaan kecuali yang memiliki pengalaman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 112, hadis nombor 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (2033) وأحمد (3/ 8- 9، 69) وابن حبان في الصحيح (2078) وفي روضة العقلاء (208) والبخاري في الأدب المفرد (565/ 2) وابن أبي الدنيا في الحلم (ص – 17) وأبو الشيخ في الأمثال (1/ 26- 27) وابن عدي في الكامل (1/ 186) والحاكم (4/ 293) وأبو نعيم في الحلية (8/ 324) والخطيب في التاريخ (5/ 301) وابن الجوزي في الواهيات (1/ 54) من طريق دراج بن سمعان عن أبي الهيثم عن أبي سعيد مرفوعاً. قلت: وهذا سند ضعيف. ورواية دراج عن أبي الهيثم ضعيفه كَمَا صرح بِذَلكَ أحمد وأبو داود وخالف في ذلك ابن شاهين. واختلف فيه رأي النقاد هو صدوق مقبول الرواية إذا ماروى عن غير أبي الهيثم وأنكر عليه ابن عدي هذا الحديث وخالفه عبيد الله بن زحر فرواه عن أبي الهيثم عن أبي سعيد فأوقفه. أخرجه البخاري في الأدب المفرد (565) من طريق يحيى بن أيوب، عن ابن زحر. ويحيى وابن زحر فيهما مقال. تنبيه هذا الحديث عزاه العجلوني في كشف الخفاء (2/ 354) لابن ماجه فوهم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (2033), Ahmad (3/8-9, 69), Ibn Hibban dalam al-Sahih (2078) dan dalam Rawdhah al-‘Uqala’ (208), al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (2/565), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Hilm (hlm 17), Abu al-Syeikh dalam al-Amthal (1/26-27), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/186), al-Hakim (4/293), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (8/324), al-Khatib dalam al-Tarikh (5/301), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/54) melalui sanad Darraj bin Sam’an daripada Abu al-Haitham daripada Abu Sa’id secara marfu’.
Saya berkata: Sanad ini dha’if, riwayat Darraj daripada Abi al-Haitham adalah dha’if sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad dan Abu Daud. Ibn Shahin pula berbeza pandangan dalam perkara ini. Pandangan al-Nuqqad (pengkaji Hadith) berbeza tentang beliau (Darraj). Beliau seorang yang Saduq (Benar) dan boleh diterima riwayatnya jika ianya diriwayatkan daripada selain Abu al-Haytham. Ibn ‘Adi menilai beliau sebagai munkar bagi hadith ini. ‘Ubaidullah bin Zahr meriwayatkan berbeza dengan Darraj. Beliau meriwayatkan hadith ini daripada Abi al-Haitham daripada Abu Sa’id secara mawquf. Al-Bukhari telah mengeluarkannya dalam al-Adab al-Mufrad (565) melalui Sanad Yahya Ibn Ayyub daripada Ibn Zahr. Yahya dan Ibn Zahr ada pertikaian terhadap mereka berdua. [Perhatian] Hadith ini telah disandarkan oleh al-‘Ajluni dalam Kashf al-Khafa’ (2/354) kepada Ibn Majah, ianya satu kekeliruan.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs