Apakah kamu berdua buta? Bukankah kamu berdua boleh melihat

TEKS BAHASA ARAB

أفعمياوان أنتما ألستما تبصرانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah kamu berdua buta? Bukankah kamu berdua boleh melihat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 109, hadis nombor 91. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (4112) والترمذي (2778) وأحمد (6/ 296) وابن سعد في الطبقات (8/ 126- 127) وابن حبان (1457، 1968) والطحاوي في المشكل (1/ 115- 116) ، والطبراني في الكبير (ج 23/ رقم 676) والبيهقي (7/ 91) والخطيب في التاريخ (3/ 17) ، (8/ 338- 339) والبغوي في شرح السنة (9/ 34) من طريق الزهري عن نبهان مولى أم سلمة أن أم سلمة وميمونة قال: فبينا نحن عند رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذ أقبل ابن أم مكتوم، فدخل عليه وذلك بعد ما أمرنا بالحجاب فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم احتجبنا منه فقلت: يا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ‍أليس هو أعمى لا يبصرنا ولا يعرفنا؟ ‍فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ? فذكره. قال الترمذي: حديث حسن صحيح. قلت: وهذا مما يتعجب منه ‍‍فإن نبهان هذا مجهول كما قال ابن حزم، ونقله عنه الذهبي في ذيل الضعفاء وأقره ولم يرو عنه سوى الزهري وأما رواية محمد بن عبد الرحمن مولى آل طلحة عنه فقد شكك فيها البيهقي في سننه (10/ 327) فقال: إن كان محفوظا. وتوثيق ابن حبان له لا ينفعه لما علم عنه من التساهل في التوثيق. وقال الحافظ في الفتح (1/ 550): حديث مختلف في صحته. وقال في التلخيص (3/ 148) : ليس في إسناده سوى بنهان مولى أم سلمة شيخ الزهري وقد وثق : قلت: فكأنما يقويه وأذكر أنه ذكر ذلك صراحة فيالفتح مع أنه قال في نبهان هذا: مقبول. يعني حيث يتابع ولم يتابع فيما نعلم بل لحديثه معارض: وهو ما أخرجه مسلم (1480) وأبو داود (2284) والنسائي (6/ 75- 76، 208) وأحمد (6/ 412) والطحاوي في شرح المعاني (3/ 65) وابن حبان (ج 6/ رقم 4276) والبيهقي (7/ 432) والخطيب في الكفاية (ص 39- 40) جميعا من طريق مالك وهذا موطأه (2/ 580/ 67) من حديث فاطمة بنت قيس أن أبا عمرو بن حفص طلقها ألبتة. وفي الحديث قال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم: اعتدي عند ابن أم مكتوم، فإنه رجل أعمى، تضعين ثيابك.
وله طرق فصلتها في غوث المكدود بتخرج منتقى ابن الجارود (رقم 760). وقال ابن عبد البر: حديث فاطمة بنت قيس يدل على جواز نظر المرأة إلى الأعمى، وهو أصح من هذا يعني من حديث أم سلمة وكذا حديث عائشة رضي الله عنها أنها كانت تنظر إلى الحبشة وهم يلعبون في المسجد بحرابهم. أخرجه الشيخان، والنسائي (3/ 195- 196) وأحمد (6/ 84، 85) والطحاوي (1/ 116) والطيالسي (1442) وعبد الرزاق (19721) والبيهقي (7/ 92) وأبو الشيخ في الأخلاق (26) والبغوي في شرح السنة (9/ 168).
وقد جمع أبو داود بين الحدثين فقال عقب تخريجه لحديث أم سلمة: هذا لأزواج النبي صلى الله عليه وآله وسلم خاصة، ألا ترى إلى اعتداد فاطمة بنت قيس عند ابن أم مكتوم وقد قال النبي صلى الله عليه وآله وسلم لفاطمة بنت قيس: اعتدي عند ابن مكتوم فإنه رجل أعمى تضعين ثيابك عنده. قال الحافظ في التلخيص (3/ 148) : قلت: هذا جمع حسن وبه جمع المنذري في حواشيه واستحسنه شيخنا. أ. هـ‍. قلت: وهذا الجمع إن صح يرفع عن الحديث النكارة أما الضعف فلا. والله أعلم. والحديث ضعفه ضعفه شيخنا الألباني حفظه الله في تخريج فقه السيرة (ص 44- 45) لمحمد الغزالي.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (4112), al-Tirmizi (2778), Ahmad (6/296), Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat (8/126-127), Ibn Hibban *1457, 1968), al-Tahawi dalam al-Mushkil (1/1115-127), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 23/hadith : 676), al-Baihaqi (7/91)0, al-Khatib dalam al-Taarikh (3/17) (8/338-339), dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnahh (9/34) melalui sanad al-Zuhri daripada Nubhan mawla Ummu Salamah bahawa Ummu Salamah dan Maimun berkata: Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang Ibn Ummi Maktum, lalu beliau masuk menemui Rasulullah. Peristiwa itu setelah kami diperintahkan untuk berhijab. Rasulullah SAW bersabda: "Berhijablah kamu berdua terhadap beliau". Aku pun berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bukankah beliau seorang yang buta dan tidak mampu melihat kami juga tidak mampu mengenali kami?". Rasulullah SAW pun menyebutkan hadith tersebut”. Al-Tirmizi berkata: "Hadith hasan sahih". Saya berkata: Ini suatu yang ajaib daripada al-Tirmizi, kerana Nubhan seorang yang Majhul sebagaimana disebutkan oleh Ibn Hazm dan dinukilkan oleh al-Zahabi dalam Zail al-Dhu’afa’, lalu al-Zahabi bersetuju dengan Ibn Hazm. Tidak ada yang meriwayatkan daripada Nubhan selain al-ZUhrii. Adapun riwayat Muhammad bin ‘Abd al-Rahman Mawla Talhah daripada Nubhan telah diragui oleh al-Baihaqi dalam Sunan beliau (10/327), kata al-Baihaqi: "Sekiranya ianya mahfuz". Penilaian thiqah oleh Ibn Hibban terhadap Nubhan tidak memberikan manfaat kerana sudah diketahui beliau bermudah-mudah dalam menilai thiqah. Al-Hafiz berkata dalam al-Fath (1/550): "Hadith yang diperselisihkan kesahihannya". Dalam al-Talkhis (3/148) pula beliau berkata: "Tidak ada dalam sanadnya selain Nubhan mawla Ummu Salamah, guru kepada al-Zuhri, beliau dinilai thiqah". Saya berkata: "Sepertinya al-Hafiz berpendapat beliau seorang yang kuat". Saya menyebutkan bahawa al-Hafiz sendiri telah menyebutkan secara jelas dalam al-Fath disamping beliau berkata berkenaan Nubhan: "Maqbul", iaitu jika ada riwayat yang menyokong. Pun begitu, tidak ada riwayat yang menyokongnya sejauh yang kami tahu, bahkan hadithnya ada hadith lain yang bertentangan. Ianya diriwayatkan oleh Muslim (1480), Abu Daud (2284), al-Nasa’ei (6/75-76, 208), Ahmad (6/412), al-Tahawi dalam Syarh al-Ma’ani (3/65), Ibn Hibban (juz 6/ hadith : 42760, al-Baihaqi (7/432), dan al-Khatib dalam al-Kifauah (hlm. 39-40), kesemuanya meriwayatkan daripada sanad Malik, hadith ini juga terdapat dalam Muwatta” beliau (2/580/67) melalui hadith Fatimah binti Qais bahawa Abu ‘Amr bin Hafs telah menceraikan beliau tanpa boleh rujuk. Dalam hadith tersebut, Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah binti Qais: "Beri’ddahlah di sisi Ibn Ummi Maktum, kerana dia seorang yang buta, kamu boleh meletakkan pakaian kamu".
Hadith tersebut juga ada sanad lain yang telah saya perincikannya dalam Ghawth al-Makdud Bi Takhrij Muntaqa Ibn al-Jaruud (hadith : 760). Ibn ‘Abd al-Bar berkata: "Hadith Fatimah binti Qais menunjukkan bahawa harus wanita menunjukkan kepada seseorang yang buta. Ianya adalah yang lebih sahih berbanding hadith ini", maksudnya berbanding hadith Ummu Salamah. Demikian juga hadith ‘Aishah RA bahawa beliau melihat kepada sekumpulan Habshah yang sedang bermain alatan perang mereka dalam Masjid Nabi. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, al-Nasa’ei (3/195-196), Ahmad (6/84, 85), al-Tahawi (1/116), al-Tayalisi (1442), ‘Abd al-razzaq (197211), al-Baihaqii (7/92), Abu al-Syeikh dalam al-Akhlaq (26) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (9/168).
Abu Daud pula telah mengabungkan antara kedua-dua hadith tersebut, kata beliau setelah mengemukakan hadith Ummu Salamah: "Ini khusus untuk isteri-isteri Nabi SAW, tidaklah kamu lihat kepada hadith ber’iddahnya Fatimah bin Qais di sisi Ibn Ummi Maktum, seraya Nabi SAW bersabda kepada Fatimah binti Qais: ‘Ber’iddahkan kamu di sisi Ibn Ummi Maktum, kerana beliau seorang lelaki yang buta, kamu boleh meletakkan (membuka) pakaianmu di sisinya". Al-Hafiz berkata dalam al-Talkhis (3/148): "Saya berkata: Ini adalah gabungan yang baik, demikian juga gabungan al-Munziri dalam hashiah (sisipan) beliau dan ianya dianggap sesuatu yang baik oleh guru kami".
Saya berkata: Gabungan ini – sekiranya sahih – tetap tidak boleh mengangkat penilaian munkar terhadap hadith tersebut, status dha’if pula tidak. Wallahua’lam.Hadith tersebut telah dinilai dha’if oleh guru kami al-Albani – semoga Allah memelihara beliau – dalam Takhrij Fiqh al-Sirah (hlmn 44-45) oleh Muhammad al-Ghazali.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.