Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak ada wuduk

TEKS BAHASA ARAB

لا صلاة لمن لا وضوء له ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه ولا صلاة لمن لم يصل على النبي ولا صلاة لمن لا يحب الأنصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak ada wuduk dan tidak ada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebutkan nama Allah ketika berwuduk. Dan tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi SAW, juga tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak mencintai Ansar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 17, hadis nombor 126. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه ابن ماجة (400) والحاكم (1/ 269) والبيهقي (2/ 379) من طريق عبد المهيمن بن عباس بن سهل بن سعد الساعدي، عن أبيه، عن جده مرفوعاً. فذكره.
ومن هذا الوجه: أخرجه الدارقطني (1/ 355) مقتصراً على قوله: ولا صلاة لمن لم يصل على النبي – صلى الله عليه وسلم. وعزاه السخاوي في القول البديع (ص – 176) للطبراني في معجمه والمعمري وابن بشكوال.
قلت: وهذا خبر منكر، وسنده ضعيف جداً وعلته: عبد المهيمن هذا فإنه متروك.قال الحاكم: لم يخرج هذا الحديث على شرطهما لأنهما لم يخرجا عبد المهيمن. وقال الذهبي: عبد المهيمن واه. وقال الدارقطني، عقب تخريجه: عبد المهيمن ليس بالقوي. ولم ينفرد به. بل تابعه أخوه أُبي بن عباس، عن أبيه عن جده مرفوعاً: لا صلاة لمن لا وضوء له ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه ولم يذكر الفقرتين الأخريتين.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 6/ رقم 5698) وفي الدعاء (46/ 2) ومن طريقه الحافظ في نتائج الفكار (1/ 234) وأبو موسى المديني كما في القول البديع (176). قال السخاوي: وصححه المجد الشيرازي، وفي ذلك نظر، لأنه إنما يعرف من رواية عبد المهيمن والعلم عند الله تعالى.
قلت: فيرى السخاوي – رحمه الله تعالى – أن رواية أُبَي لا تشهد لرواية عبد المهيمن وهذا رأي سديد، فان أُبَي بن العباس إنما وافق أخاه فب الفقرتين الأوليين فقط ولم يرو الفقرتين الثالثة والرابعة وفيهما النكارة أما الفقرتان الأوليان، فلهما شواهد صحيحة كما ذكره بعون الله. وقال الحافظ في النتائج : عبد المهيمن ضعيف، وأخوه أُبي الذي سقته من روايته أقوى منه.
وقال الشوكاني في نيل الأوطار 1/ 160) : أُبي، مُختلف فيه.
قلت: والراجح أنه ضعيف من قبل حفظه، وتقوية الحافظ له، وإنما هي بسبب مقارنته بأخيه، فإن أخاه متروك. وقد رويت الفقرتان الأخيرتان بلفظ آخر من حديث سعيد بن زيد – رضي الله عنه – مرفوعاً: لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه، ولا يؤمن بالله من لا يؤمن بي، ولا يؤمن بي من لا يحب الأنصار.
أخرجه أحمد والطبراني في الدعاء.وقد وقع في سنده اختلاف كثير، وضحته في جزء لي، اسمه: كشف المخبوء بثبوت حديث التسمية عند الوضوء. أما الفقرة الأولى: لا صلاة لمن لا وضوء له فيشهد لها ما:
أخرجه مسلم (3/ 102 – 103 بشرح النووي) وأبو عوانة في صحيحه (1/ 234) والترمذي (1/ 19- 24 تحفة) وابن ماجة (272) وابن الجارود في المنتقى (65) وأحمد (2/ 19- 20، 39، 51، 73، 73) والطيالسي (1874) وابن خزيمة (1/ 8) والطحاوي في المشكل (4/ 486 – 487) والسهمي في تاريخ جرجان (296) والبيهقي (1/ 42) ، وأبو نعيم في الحلية (7/ 176) من طريق سماك بن حرب، عن مصعب بن سعد قال: دخل عبد الله بن عمر على ابن عامر يعوده وهو مريض، قال: ألا تدعو لي يا ابن عمر؟ قال: إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم يقول: لا تقبل صلاة بغير طهور، ولا صدقة من غلول، وكنت على البصرة واللفظ لمسلم وقد رواه عن سماك بن حرب جماعة منهم شعبة، وكان لا يحمل عن مشايخه إلا صحيح حديثهم كما قال في الفتح (1/ 260) .
وفي الباب عن أسامة بن عمير وأبي هريرة وأنس وأبي سعيد الخدري وأبي بكرة، وثوبان وغيرهم، خرجت أحاديثهم في بذل الإحسان (رقم 139) والحمد لله على التوفيق.
ويشهد لهذه الفقرة أيضاً ما أخرجه البخاري (1/ 234- فتح) ، ومسلم (3/ 104) ، وأبو عوانة (1/ 235)  وأبو داود (60) والترمذي (76) وأحمد (2/ 308، 318) وابن خزيمة (1/8، 9) وابن الجارود (66) والسهمي في تاريخ جرجان (297- 298) والبيهقي والبغوي في شرح السنة (1/ 328) من طريق عبد الرزاق وهو في مصنفه (1/ 139/ 530) عن معمر عن همام بن منبه عن أبي هريرة مرفوعاً: لا يقبل الله صلاة من أحدث حتى يتوضأ.
أما الفقرة الثانية: لا وضوء لمن لم يذكر اسم الله عليه. فإنه حديث صحيح، وقد صححه جماعة من الحفاظ، وحسنه آخرون كما وضحته بالدلائل النيرات في كتابي: كشف المخبوء السالف الذكر، ومن الله العون.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (400), al-Hakim (1/269), dan al-Baihaqi (2/379) melalui sanad ‘Abd al-Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahl bin Sa’d al-Sa’idi daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Selain itu, sanad ini juga telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (1/355) secara ringkas sabda Baginda SAW: “Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi SAW”. Al-Sakhawi dalam al-Qawl al-Badi’ (hlmn 176) telah menisbahkan hadith tersebut kepada al-Tabarani dalam Mu’jam beliau, al-Ma’mari, dan Ibn Bashkuwal.
Saya berkata: Ini adalah khabar yang munkar, sanadnya terlalu dha’if. Punca kecacatannya adalah ‘Abd al-Muhaimin ini, beliau seorang perawi Matruk. Al-Hakim berkata: “Hadith ini tidak menepati syarat al-Bukhari dan Muslim, kerana mereka berdua tidak mengeluarkan hadith ‘Abd al-Muhamin”. Al-Zahabi juga berkata: “‘Abd al-Muhaimin seorang yang Wahin (Terlalu lemah)”. Al-Daraqutni berkata setelah mengeluarkan hadith tersebut: “‘Abd al-Muhaimin tidak kuat”, namun beliau tidak berseorangan meriwayatkan hadith tersebut. Bahkan, saudara beliau, iaitu Ubai bin ‘Abbas telah meriwayatkannya daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’: “Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak ada wuduk dan tidak ada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebutkan nama Allah ketika berwudhu”, beliau tidak menyebutkan dua bahagian akhir hadith.
Selain itu, ia juga telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 6/hadith : 5698), juga dalam al-Du’a (2/46), juga oleh al-Hafiz dalam Nataij al-Afkar (1/234) melaluui al-Tabarani, Abu Musa al-Madini – sebagaimana dalam al-Qawl al-Badi’ (176). Al-Sakhawi berkata: “al-Majd al-Shiraji telah menilainya sahih, namun penilaian itu dipertikaikan kerana hadith tersebut hanya diketahui melalui riwayat ‘Abd al-Muhaimin. Ilmu yang sebenarnya hanyalah di sisi Allah Ta’ala”.
Saya berkata: al-Sakhawi r.h berpandangan bahawa riwayat Ubai bin al-‘Abbas tidak boleh menjadi sokongan kepada riwayat ‘Abd al-Muhaimin. Ini adalah pandangan yang benar. Ini kerana, Ubai bin al-‘Abbas meriwayatkan selari dengan saudaranya hanyalah bagi dua bahagian pertama hadith sahaja. Beliau tidak meriwayatkan dua bahagian yang ketiga dan keempat. Dalam kedua-dua bahagian itu juga terdapat sesuatu yang munkar. Adapun dua bahagian pertama tersebut, kedua-duanya mempunya riwayat sokongan yang sahih sebagaimana telah disebutkan dengan pertolongan Allah.
Al-Hafiz berkata dalam al-Nataij: “‘Abd al-Muhaimin seorang yang dha’if. Saudaranya pula, iaitu Ubai telah membawakan hadith melalui riwayat beliau yang lebih kuat berbanding ‘Abd al-Muhaimin”. Al-Shawkani mengatakan demikian dalam Nayl al-Awtar (1/160): “Ubai diperselisihkan kedudukannya”.
Saya berkata: Pendapat yang rajih adalah Ubai seorang yang dha’if dari sudut hafalannya. Al-Hafiz menilainya kuat kerana membandingkan beliau dengan saudaranya, kerana saudaranya (‘Abd al-Muhaimin) seorang yang Matruk. Dua bahagian akhir hadith tersebut telah diriwayatkan dengan lafaz yang lain melalui hadith Sa’id bin Zaid RA secara marfu’: “Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak berwuduk dan tidak ada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebutkan nama Allah ketika berwuduk. Dann tidak beriman kepada Allah bagi sesiapa yang tidak beriman denganku dan tidak dikira beriman denganku bagi sesiapa yang tidak mencintai Ansar”. Ianya telah dikeluarkan oleh Ahmad, dan al-Tabarani dalam al-Du’a.
Telah berlaku banyak perbezaan riwayat dalam sanadnya, telah saya perjelaskan pada satu buku kecil saya berjudul Kashf al-Makhbu’ Bi Thubut Hadith al-Tasmiyyah ‘Inda al-wuduk. Adapun bahagian pertama, iaitu: “Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak berwudhu”, ianya telah disokong dengan hadith yang telah dikeluarkan oleh Muslim (3/102-103- beserta Syarah al-Nawawi), Abu ‘Awanah dalam Sahih beliau (1/234), al-Tirmizi (1/19-24 – Tuhfah), Ibn Majah (272), Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa (65), Ahmad (2/19-20, 39, 51, 73), al-Tayalisi (1874), Ibn Khuzaimah (1/8), al-Tahawi dalam al-Mushkil (4/486-487), al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan (296), al-Baihaqi (1/42), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (7/176) melalui sanad Simak bin Harb daripada Mus’ab bin Sa’d, katanya: Abd Allah bin ‘Umar telah masuk menemui Ibn ‘Amir ketika menziarahinya sewaktu beliau sedang sakit. Lalu Ibn ‘Amir berkata: “Tidak mahukah kamu mendoakan saya, wahai Ibn ‘Umar”. Jawab Ibn ‘Umar: “Sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak diterima solat tanpa bersuci dan tidak diterima sedekah daripada harta yang tipu. Kamu sebelum ini adalah (gabenor) di Basrah”. Lafaz tersebut oleh Muslim. Hadith tersebut telah diriwayatkan melalui Simak bin Harb oleh sekumpulan perawi, antara mereka adalah Syu’bah. Syu’bah tidak mengambil hadith daripada guru-guru beliau kecuali hadith mereka yang sahih sebagaimana dalam al-Fath (1/260).
Selain itu, dalam bab itu juga turut diriwayatkan daripada Usamah bin ‘Umair, Abu Hurairah, Anas, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Bakrah, Thawban, dan lain-lain. Telah saya sebutkan sumber hadith-hadith mereka dalam Bazl al-Ihsan (hadith : 139). Segala puji bagi Allah atas petunjuk tersebut. Bahagian ini juga terdapat sokongan melalui hadith yang telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (1/234 – Fath), Muslim (3/104), Abu ‘Awanah (1/235), Abu Daud (60), al-Tirmizi (76), Ahmad (2/308, 318), Ibn Khuzaimah (1/8, 9), Ibn al-Jarud (66), al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan (297-298), al-Baihaqi, dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/328) melalui sanad ‘Abd al-Razzaq, hadith tersebut juga terdapat dalam al-Musannaf beliau (1/139/530) daripada Ma’mar daripada Hammam bin Munabbih daripada Abu Hurairah secara marfu’: “Allah tidak akan menerima solat orang yang berhadath hinggalah dia berwuduk”.
Manakala bahagian kedua pula: “Tidak ada wuduk bagi sesiapa yang tidak menyebutkan nama Allah ketika berwudhu”. Ianya hadith yang sahih, telah dinilai sahih oleh sekumpulan para huffaz dan sebahagian lainnya pula menilainya hasan sebagaimana telah saya jelaskan berdasarkan dalil-dalil yang kuat dalam kitab saya Kashf al-Makhbu’ yang telah disebutkan sebelum ini. Segala pertolongan adalah daripada Allah.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.