Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang adalah salah satu nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

بسم الله الرحمن الرحيم اسم من أسماء الله وما بينه وبين اسم الله الأكبر إلا كما بين سواد العينين وبياضهما من القرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang (Basmalah) adalah salah satu nama Allah. Jarak antara Basmalah dengan nama Allah yang paling agung adalah seperti jarak antara dua anak mata hitam dan dua mata putih kerana dekatnya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 18, hadis nombor 127. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل.
أخرجه ابن أبي حاتم في تفسيره كما في ابن كثير (1/ 33) والحاكم (1/ 552) من طريق جعفر بن مسافر التنيسي ثنا زيد بن المبارك ثنا سلام بن وهب الجندي حدثني أبي عن طاووس، عن ابن عباس، أن عثمان بن عفان سأل رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عن بسم الله الرحمن الرحيم، فقال. فذكره.
وكذا أخرجه ابن مردويه في تفسيره من طريق علي بن المبارك، عن زيد بن المبارك به. قال الحاكم: صحيح الإسناد ولم يخرجاه ووافقه الذهبي ‍‍‍.
قلت: وهو عجب لا سيما من الذهبي رحمه الله، فإنه ذكر هذا الحديث في ترجمة سلام بن وهب وقال: خبر منكر، بل كذب فسبحان من لا يسهو. وفي علل الحديث (2/ 178/ 2029) قال ابن أبي حاتم: سألت أبي عن حديث رواه زيد بن المبارك، عن سلام بن وهب، عن أبيه، عن طاووس فذكره. قال: قال أبي: هذا حديث منكر. وقد وقع في سنده اختلاف. قد أخرجه العقيلي في الضعفاء (2/ 162) ، والخطيب في تاريخه ومن طريقه الذهبي في الميزان (2/ 182) من طريقين عن زيد بن المبارك، ثنا سلام بن وهب الجندعي عن ابن طاووس عن أبيه، عن ابن عباس فذكره. قال العقيلي: سلام بن وهب الجندعي، عن ابن طاووس، لا يتابع عليه ولا يعرف إلا به.
قلت: ووجه الاختلاف على سلام بن وهب أنه يرويه مرة عن أبيه، ومرة عن ابن طاووس غير أن قلبي ما اطمأن إلى هذا ويقع لي أن المحفوظ هو رواية سلام عن ابن طاووس كما ذكر العقيلي، وتبعه الذهبي، والعسقلاني في اللسان (3/ 60) ، وذلك أنني لم أجد ترجمة لوهب الجندي والد سلام. فلا أدري هل الاختلاف في السند ثابت، أم هو خطأ من ناسخ أو طابع؟وعلى كل حال فالحديث لا يصح بكل وجه لأنه يدور على سلام بن وهب، فإنه مجهول.
ثم رأيت الذهبي، قال في المغني (1/ 272) : سلام بن وهب عن ابن طاووس بخبر موضوع لا يعرف. والحديث عزاه السيوطي في الدر المنثور (1/8) للبيهقي في شعب الإيمان وأبي ذر الهروي في فضائل القرآن.

Batil. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Tafsir beliau sebagaimana dalam Tafsir Ibn Kathir (1/33) dan al-Hakim (1/552) melalui sanad Ja’far bin Musafir al-Tunisi, katanya Zaid bin al-Mubarak telah menceritakan kepada kami, katanya Salam bin Wahb al-Janadi telah menceritakan kepada kami, katanya ayah saya telah menceritakan kepada saya daripada Tawus daripada Ibn ‘Abbas bahawa ‘Uthman bin ‘Affan pernah bertanya Rasulullah SAW tentang "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang" (Basmalah), lalu Baginda bersabda.Beliau pun menyebutkannya. Demikian juga sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Ibn Mardawaih dalam Tafsir beliau melalui sanad ‘Ali bin al-Mubarak daripada Zaid bin al-Mubarak dengan sanadnya. Al-Hakim berkata: "Sanadnya sahih, namun al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya", dan dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Ini suatu yang pelik, terutama daripada al-Zahabi RH. Ini kerana, beliau telah menyebutkan hadith ini dalam biografi Salam bin Wahb seraya berkata: "Khabar munkar, bahkan dusta". Maha suci Allah, Tuhan yang tidak lupa. Dalam ‘Ilal al-Hadith (2/178/2029), Ibn Abi Hatim berkata: "Saya bertanya ayah saya tentang hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin al-Mubarak daripada Salam bin Wahb daripada ayahnya daripada Tawus..lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Kata Ibn Abi Hatim: Ayah saya berkata: Hadith ini munkar". Terdapat perbezaan pada sanadnya.
Al-‘Uqayli (2/162), al-Khatib dalam Tarikh beliau, juga al-Zahabi dalam al-Mizan (2/182) melalui dua sanad daripada Zaid bin al-Mubarak, katanya Salam bin Wahb al-Janadi telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Tawus daripada ayahnya daripada Ibn ‘Abbas, lalu beliau menyebutkannya. Al-‘Uqaili berkata: "Salam bin Wahb al-Janadi daripada Ibn Tawus, tidak ada sokongan bagi riwayat beliau dan beliau tidak dikenali melainkan melalui hadith ini".
Saya berkata: Sudut perbezaannya adalah pada Salam bin Wahb, sekali beliau meriwayatkan daripada ayahnya, kali yang lain pula daripada Ibn Tawus. Namun, hati saya merasa tidak senang dengan perbezaan ini dan merasakan bahawa yang mahfuz adalah riwayat Salam daripada Ibn Tawus sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-‘Uqaili dan diikuti oleh al-Zahabi dan al-‘Asqalani dalam al-Lisan (3/60). Ini kerana, saya tidak menemui biografi Wahb al-Janadi, ayah kepada Salam. Saya tidak mengetahui samada perbezaan tersebut dalam sanad ini adalah thabit atau kesilapan yang berpunca daripada penyalin atau pencetak.
Apapun, hadith tersebut tidak sahih melalui kesemua sana, kerana ianya berkisar kepada Salam bin Wahb, beliau seorang yang majhul. Kemudian, saya melihat al-Zahabi dalam al-Mughni (1/272), beliau berkata: "Salam bin Wahb telah meriwayatkan daripada Tawus hadith yang mawdhu’, beliau tidak dikenali". Hadith tersebut disandarkan oleh al-Suyuti dalam al-Dur al-Manthur (1/8) kepada al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan Abu Zar al-Harawi dalam Fadha’il al-Qur’an.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.