Ketenangan adalah sebuah keuntungan, meninggalkannya adalah suatu denda

TEKS BAHASA ARAB

السكنية مغنم وتركها مغرم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketenangan adalah sebuah keuntungan, meninggalkannya adalah suatu denda.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 16, hadis nombor 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه الإسماعيلي في معجمه (ج1/ ق 33/2) قال: أخبرني أبو جعفر بن الجعد، حدثنا سفيان بن وكيع، وحدثنا حفص بن غياث، عن الأعمش، عن أبي صالح، عن أبي هريرة مرفوعاً. فذكره.
قلت: أما شيخ الإسماعيلي، فقد ترجمه الخطيب التاريخ (4/ 81- 82) وسماه: أحمد بن الحسن بن الجعد أبو جعفر. ثم روى عن الدارقطني أنه قال فيه: ثقة. وأما سفيان بن وكيع، فهو وإن كان صدوقاً في الأصل إلا أن حديثه سقط بسبب وراقة فقد كان يدخل عليه الأحاديث ونصحوه فلم يستجب لهم حتى اتهمه أبو زرعة بالكذب. ولكن قال ابن حبان: وهو من الضرب الذين لأن يخروا من السماء أحب إليهم من أن يكذبوا على رسول الله صلى الله عليه وسلم ولكن أفسدوه.
قلت: فهو آفة الحديث لأن بقية رجال السند ثقات وعنعنة الأعمش عن أبي صالح مشاها الذهبي في الميزان. والله أعلم.

Dha’if Jiddan. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 3/2), katanya Abu Ja’far bin al-Ja’d telah khabarkan kepadaku, katanya Sufyan bin Waki’ telah menceritakan kepada kami, juga Hafs bin Giyath telah menceritakan kepada kami daripada Abu Soleh daripada Abu Hurairah secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Guru kepada al-Isma’ili telah dibuat biografi beliau oleh al-Khatib dalam al-Tarikh (4/81 -82), al-Khatib meletakkan nama beliau sebagai "Ahmad bin al-Hasan bin al-Ja’d, Abu Ja’far", kemudian al-Khatib meriwayatkan daripada al-Daraqutni bahawa beliau berkata tentang Abu Ja’far: "Thiqah". Manakala, Sufyan bin Waki’ sekalipun beliau pada asalnya seorang yang saduq (benar) namun hadith beliau gugur (untuk dibuat hujjah) disebabkan oleh penyalin kitab. Penyalin kitab telah memasukan hadith-hadith dalam riwayat Sufyan. Para ulama telah menasihat beliau, namun beliau tidak mahu menerima nasihat mereka hingga Abu Zur’ah mendakwa Sufyan telah melakukan pendustaan. Namun, Ibn Hibban berkata: "Beliau termasuk perawi-perawi yang jika mereka jatuh daripada langit lebih aku sukai berbanding mereka berdusta atas nama Rasulullah SAW, namun mereka telah merosakkannya".
Saya berkata: Status Sufyan yang punca kerosakan hadith tersebut, kerana para perawi lain dalam sanad tersebut adalah perawi-perawi thiqah. Riwayat al-A’mash secara ‘an’anah daripada Abu Soleh dikecualikan oleh al-Zahabi dalam al-Mizan. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.