Tidak ada sesuatu (dosa) melainkan ada baginya pengampunan

TEKS BAHASA ARAB

ما من شيء إلا وله توبة؛ إلا صاحب سوء الخلق؛ فإنه لا يتوب من ذنب إلا عاد في شر منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatu (dosa) melainkan ada baginya pengampunan kecuali orang yang buruk akhlaknya, kerana dia tidak akan bertaubat, melainkan dia akan melakukan dosa yang lebih buruk daripada sebelumnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2041, hadis nombor 10275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من شيءٍ إلا ولهُ توبةٌ؛ إلا صاحبَ سوءِ الخُلقِ؛ فإنهُ لا يتوبُ مِن ذنبٍ إلا عاد في شرٍّ منهُ.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5266)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak ada sesuatu (dosa) melainkan ada baginya pengampunan kecuali orang yang buruk akhlaknya, kerana dia tidak akan bertaubat, melainkan dia akan melakukan dosa yang lebih buruk daripada sebelumnya.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5266]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs