Tidak ada sesuatu pun yang lebih disukai Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من شيء أحب إلى الله من شاب تائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesuatu pun yang lebih disukai Allah berbanding pemuda yang bertaubat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2041, hadis nombor 10274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من شيءٍ أحبَّ إلى اللهِ من شابٍّ تائبٍ.
[عد، ابن عساكر في ((التوبة))، ((الضعيفة)) (5431)]

(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada sesuatu pun yang lebih disukai Allah berbanding pemuda yang bertaubat.
[Riwayat Ibn Adi dan Ibn Asakir dalam al-Taubah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5431]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.