TEKS BAHASA ARAB
ليس من ليلة إلا والبحر يشرف فيها ثلاث مرات على الأرض، يستأذن الله في أن ينتضح عليهم، فيكفه الله عز وجل .
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada satu malam pun melainkan laut akan ke naik ke bumi sebanyak tiga kali, ia meminta izin dengan Allah untuk menyimbah bumi ini, maka Allah akan menghalangnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2026, hadis nombor 10192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – عن رسول الله ﷺ أنه قال: ليس من ليلة إلا والبحر يشرف فيها ثلاث مرات على الأرض، يستأذن الله في أن ينتضح عليهم، فيكفه الله عز وجل.
[حم، ((الضعيفة)) (4392)]
(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA, dari Rasulullah SAW, sesungguhnya dia berkata: Tidak ada satu malam pun melainkan laut akan ke naik ke bumi sebanyak tiga kali, ia meminta izin dengan Allah untuk menyimbah bumi ini, maka Allah akan menghalangnya
[Riwayat Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4392]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.