TEKS BAHASA ARAB
ليخش أحدكم أن يؤخذ عند أدنى ذنوبه في نفسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah salah seorang daripada kamu berasa takut untuk diambil tindakan (azab) walaupun terhadap dosa-dosanya yang paling kecil pada dirinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2026, hadis nombor 10191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن محمد بن النضر الحارثي، قال: قال رسول الله ﷺ: ليخش أحدكم أن يؤخذ عند أدنى ذنوبه في نفسه.
[حل، ((الضعيفة)) (4370)]
(Lemah)
Daripada Muhammad bin al-Nadhr al-Harithi, berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah salah seorang daripada kamu berasa takut untuk diambil tindakan (azab) walaupun terhadap dosa-dosanya yang paling kecil pada dirinya.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4370]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.