Aku tidak suka untuk aku mempunyai dunia dan apa yang di dalamnya sebagai ganti

TEKS BAHASA ARAB

ما أحب أن لي الدنيا وما فيها بهذه الآية: ﴿يَعِبَادِىَ ﭐلَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ ﭐللَّهِ إِنَّ ﭐللَّهَ يَغْفِرُ ﭐلذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ ﭐلْغَفُورُ ﭐلرَّحِيمُ﴾، فقال رجل: ومن أشرك؟ فقال النبي ﷺ: إلا من أشرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku tidak suka untuk aku mempunyai dunia dan apa yang di dalamnya sebagai ganti untuk ditukarkan dengan ayat ini: ﴾ Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang﴿, maka berkata pemuda: Sesiapa yang syirik? Jawab Nabi SAW: Kecuali bagi mereka yang melakukan syirik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2026, hadis nombor 10193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ثوبان – رضي الله عنه – مولى رسول الله ﷺ قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ما أحب أن لي الدنيا وما فيها بهذه الآية: ﴿ يَعِبَادِىَ ﭐلَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ ﭐللَّهِ إِنَّ ﭐللَّهَ يَغْفِرُ ﭐلذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ، هُوَ ﭐلْغَفُورُ ﭐلرَّحِيمُ ﴾، فقال رجل: ومن أشرك؟ فقال النبي ﷺ: إلا من أشرك.
[حم، طس، ابن أبي الدنيا في ((حسن الظن))، ((الضعيفة)) (4409)]

(Lemah)
Daripada Thawban RA, Rasulullah SAW berkata: Aku tidak suka untuk aku mempunyai dunia dan apa yang di dalamnya sebagai ganti untuk ditukarkan dengan ayat ini: ﴾ Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang﴿, maka berkata seorang lelaki: Sesiapa yang syirik? Jawab Nabi SAW: Kecuali bagi mereka yang melakukan syirik.
[Riwayat Ahmad, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, Ibn abu Dunya dalam Husnu Dzon. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4409]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs