Tidak ada pemberian seorang ayah kepada anaknya yang lebih baik berbanding adab yang baik

TEKS BAHASA ARAB

ما نحل والد ولدا نحلا أفضل من أدب حسن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada pemberian seorang ayah kepada anaknya yang lebih baik berbanding adab yang baik.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 49, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه الترمذي (1952) وأحمد (4/ 77) والبخاري في الكبير(1/ 1/ 422) وابن عدي (5/ 1740) والعقيلي في الضعفاء (3/ 308) والحاكم (4/ 263) والبيهقي (2/ 18) والخطيب في الموضح (2/ 316) وفي التلخيص (675- 676- 2) والقضاعي في مسند الشهاب (1295، 1296، 1297) من طريق عامر بن أبي الخزار، حدثنا أيوب بن موسى عن أبيه عن جده مرفوعاً فذكره. قال الترمذي: هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من حديث عامر بن أبي عامر الخزار وهذا عندي حديث مرسل. أما الحاكم فقال: صحيح الإسناد، ولم يخرجاه. فتعقبه الذهبي بقوله: بل مرسل ضعيف، وفي إسناده عامر بن صالح، واه.
قلت: وهذا الحديث ضعيف جداً، وله ثلاثة علل:
الأولى: عامر بن أبي عامر الخزار. ضعفه أبو داود في رواية، وقال ابن معين: ليس بشيء. وقال العقيلي: لا يتابع على حديثه، ولا يعرف إلا به ورأيت في كتاب محمد بن مسلم ابن وارة، أخرجه إلى ابنه بالرىء: سألت أبا الوليد عن عامر بن أبي عامر الخزار فقال: كتبت عنه حديث أيوب بن موسى، عن أبيه، عن جده، أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: ما نحل الحديث فبينما نحن عنده يوماً إذ قالَ: حدثنا عطاء بن أبي رباح، أو سعيد بن عطاء بن أبي رباح، وسئل عن كذا وكذا فقلت: في سنة كم؟! قالَ في سنة أربع وعشرين. قلنا: فإن عطاء توفي في سنة بضع عشرة أهـ‍. فعلق الذهبي على هذه الحكاية بقوله: إن كان تعمد، فهو كذاب، وإن كان شبه له بعطاء بن السائب، فهو متروك لا يعي.
الثانية: الإرسال. قال البخاري: مرسل، ولم يصح سماع جده من النبي صلى الله عليه وسلم. قلت: وجدُّ أيوب هو عمرو بن سعيد بن العاص. قال الحافظ في الإصابة (5/ 294) : تابعي وقال ابن عساكر في تاريخ دمشق: يقال إنه رأى النبي صلى الله عليه وسلم وتبعه عبد الغني المزي، وهو من المحال المقطوع ببطلانه، فإن أباه سعيدا كان له عند موت النبي صلى الله عليه وآله وسلم ثمان سنين أو نحوها، فكيف يولد له قبل عمرو، سنة سبعين من الهجرة.
الثالثة: موسى بن عمرو. لم يرو عَنهُ سوى ولده أيوب، ووفقه ابن حبان فهو إلى الجهالة أقرب. وَلَهُ شاهد من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أخرجه العقيلي في الضعفاء (4/ 228) من طريق مهدي بن هلر، قَالَ: حدثنا هشام بن حسان، عن محمد بن سيرين، عن أبي هريرة مرفوعا بِهِ قلت: وسنده ساقط. ومهدي بن هلال، كذبة ابن معين وغيره قَالَ العقيلي:وَهَذَا الحديث لَيسَ بمحفوظ، من حديث هشام بن حسان، وإنما يعرف هَذَا الحديث من رواية عامر [في المطبوعة : عاصم وهو خطأ بن أبي عامر الخزار عن أيوب بن موسى، عن أبيه، عن جده. وليس الحديث بثابت عن النبي صلى الله عليه وسلم وفيه أيضاً مقال. وله شاهد من حديث ابن عمر، رضي الله عنهما. أخرجه الطبراني في الكبير (ج 12/ رقم 13234) ، وابن عدي في الكامل (6/ 2217) من طريق محمد بن عبد الله بن حفص بن هشام بن زيد، ثنا محمد بن موسى السعدي، عم عمرو بن دينار، عن سالم بن عبد الله عن أبيه مرفوعا: ما ورث والد والدا خيرا من أدب حسن. قال ابن عدي: هذا الحديث بهذا الإسناد منكر. قلت: وعمرو بن دينار هو قهرمان آل الزبير، لينة ابن عدي وقال الهيثمي (8/ 159) : متروك.

Dha’if Jiddan (Sangat Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (1952), Ahmad (4/77), al-Bukhari dalam al-Kabir (1/1/422), Ibn 'Adi (5/1740), al-'Uqaili dalam al-Dhu'afa' (3/308), al-Hakim (4/263), al-Baihaqi (2/18), al-Khatib dalam al-Mudhih (2/316) juga dalam al-Talkhis (2/675-676), dan al-Qadha'ei dalam Musnad al-Shihab (1295, 1296, 1297) melalui sanad 'Amir bin ABi 'Amir al-Khazzaz, katanya Ayyub bin Musa telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’, lalu beliau menyebutkannya. Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith yang gharib, tidak kami ketahuinya melainkan daripada hadith 'Amir bin Abi 'Amir al-Khazzaz…hadith ini di sisi saya adalah hadith yang Mursal". Manakala, al-Hakim pula berkata: "Sahih sanadnya, namun mereka berdua tidak mengeluarkannya". Al-Zahabi telah memberikan komentar terhadap al-Hakim dengan katanya: "Bahkan ianya mursal lagi dha’if. Dalam sanadnya terdapat 'Amir Ibn Soleh, beliau seorang Wahin (Terlalu dha’if)".
Saya berkata: Hadith ini adalah Dha’if Jiddan kerana terdapat tiga kecacatan:
Pertama: 'Amir bin Abi 'Amir al-Khazzaz. Beliau telah dinilai dha’if oleh Abu Daud dalam satu riwayat. Ibn Ma'in berkata: "Beliau tidak ada nilai". Al-'Uqaili pula berkata: "Tidak ada sokongan terhadap hadith-hadith beliau, beliau tidak dikenali melainkan melalui hadith ini….saya telah melihat dalam kitab Muhammad bin Muslim Ibn Warah, anak beliau telah membawanya keluar kepada saya di al-Rai. Saya pun bertanya Abu al-Walid tentang 'Amir bin Abi 'Amir al-Khazzaz, lalu beliau berkata: Saya telah menulis daripada beliau hadith Ayyub bin Musa daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada pemberian….hadith", sewaktu kami berada bersama beliau ('Amir) pada suatu hari, tiba-tiba beliau berkata: 'Ata' bin Abi Rabah atau Sa'id bin 'Ata' bin Abi Rabah telah menceritakan kepada kami dan beliau telah ditanya tentang sekian-sekian…aku (Abu al-Walid) pun bertnya kepada beliau ('Amir): "Pada tahun berapa?", beliau menjawab: "Pada tahun 24". Kami pun katakana: "Sesungguhnya 'Ata' meninggal dunia tahun beberapa belas". Al-Zahabi telah memberikan komentar terhadap cerita ini, katanya: "Sekiranya beliau ('Amir) sengaja, maka dia seorang pendusta, namun sekiranya beliau tertukar dengan 'Ata' bin al-Sa'ib, maka beliau Matruk, tidak peka".
Kedua: Berlaku Mursal. Al-Bukhari berkata: "Mursal, tidak sahih datuknya mendengar daripada Nabi SAW". Saya berkata: Datuk kepada Ayyub adalah 'Amr bin Sa'id bin al-'As. Al-Hafiz berkata dalam al-Isabah (5/294): "Seorang tab'ei….Ibn 'Asakir berkata dalam Tarikh Dimasyq: Dikatakan bahawa beliau pernah melihat Nabi SAW. 'Abdul Ghani dan al-Mizzi menurutinya (Ibn 'Asakir). Ini adalah perkara yang sudah pasti kebatilannya, kerana ayahnya Sa'id sewaktu Nabi SAW wafat, beliau berusia 8 tahun atau lebih kurang, bagaimana pula beliau dilahirkan sebelum 'Amr, tahun 70 Hijrah?".
Ketiga: Musa bin 'Amr, tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain anaknya Ayyub. Ibn Hibban telah menilainya sebagai thiqah. Namun, beliau lebih hampir kepada tidak dikenali. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Abu Hurairah r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-'Uqaili dalam al-Dhu'afa' (4/228) melalui sanad Mahdi bin Hilal, katanya Hisham bin Hassan telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah secara marfu’ hadith tersebut. Saya berkata: Sanadnya Saqit (Terlalu Dha’if), Mahdi bin Hilal telah dinilai sebagai pendusta oleh Ibn Ma'in dan lain-lain. Al-'Uqaili pula berkata: "Hadith ini tidak mahfuz melalui hadith Hisham bin Hassan. Hadith ini hanya diketahui melalui riwayat 'Amir (dalam buku bercetak menyebutkan: 'Asim, ianya suatu kesilapan) bin Abi 'Amir al-Khazzaz daripada Ayyub bin Musa daripada ayahnya daripada datuknya. Hadith tersebut tidak thabit daripada Nabi SAW, dalam sanadnya juga ada pertikaian".
Hadith tersebut juga ada sokongan melalui hadith Ibn 'Umar r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 12/hadith : 13234(, Ibn 'Adi dalam al-Kamil (6/2217) melalui sanad Muhammad Ibn Abd Allah bin Hafs bin Hisham bin Zaid, katanya Muhammad bin Musa al-Sa'di telah menceritakan kepada kami daripada 'Amr bin Dinar daripada Salim bin Abd Allah daripada ayahnya secara marfu’: "Tidak ada perkara yang diberikan oleh seorang ayah kepada seorang anak yang lebih baik berbanding adab yang elok". Ibn 'Adi berkata: "Hadith ini melalui sanad ini adalah munkar".
Saya berkata: 'Amr bin Dinar beliau adalah Qahraman Al al-Zubair. Ibn 'Adi menganggap beliau sebagai lemah. Manakala, al-Haythami (8/159) berkata: "Matruk".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs