Sesungguhnya Allah SWT benar-benar akan memberikan manfaat terhadap seseorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل لينفع العبد بالذنب يذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT benar-benar akan memberikan manfaat terhadap seseorang hamba melalui dosa yang dilakukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 50, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 218/ 1) من طريق مضر بن نوح السلمي. قال: حدثنا عبد العزيز بن أبي رواد، عن نافع، عن ابن عمر مرفوعا فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف. ومضر بن نوح، قال الذهبي: فيه جهالة. وقال العقيلي: مضر بن نوح، عن عبد العزيز بن أبي رواد لا يعرف بالنقل، وحديثه غير محفوظ. وأقره الحافظ العراقي في المغنى (4/ 14) ، وعزا الحديث إلى ابن أبي الدنيا في كتاب التوبة. ولكن للحديث شاهد من حديث أبي هريرة، رضى الله عنه. أخرجه أبو نعيم في الحلية (6/ 176، 275) من طريق عيسى بن خالد اليماني، ثنا صالح المري، عن هشام بن حسان، عن محمد بن سيرين، عن أبي هريرة مرفوعا: إن العبد ليعمل لذنب، فإذا ذكره أحزنه، فإذا نظر الله إليه أحزنه، غفر له ما صنع، قبل أن يأخذ في كفارته، بلا صلاة ولا صيام. قال أبو نعيم. غريب من حديث هشام، وصالح. لم نكتبه إلا من حديث عيسى.
قلت: أما عيسى، فقد ترجمه ابن أبي حاتم في الجرح (3/ 1/ 275) وحكى عن أبيه أنه قال: لا بأس بحديثه، محله الصدق. ولكن آفة الإسناد هي صالح المري؛ قال الحافظ العراقي في المغنى (4/ 14) : رجل صالح، لكنه مضعف في الحديث. وشاهد آخر من مرسل الحسن البصري، رحمه الله. أخرجه ابن المبارك (162) ، وأحمد (396- 397) كلاهما في الزهد من طريق المبارك بن فضالة، عن الحسن قال: فذكره مرسلا بنحوه. قلت: وهذا مع كونه من مراسيل الحسن والتي هي شبه الريح، فإن المبارك بن فضالة يضعف في الحديث ومع ضعفه كان مدلسا كما قال أحمد وأبو داود. والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 218/1) melalui sanad Mudhar bin Nuh al-Sulami, katanya ‘Abdul ‘Aziz bin Abi Rawwad telah menceritakan kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’…lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini adalah dha’if. Mudhar bin Nuh, al-Zahabi berkata berkenaan beliau: "Beliau tidak dikenali". Al-‘Uqaili pula berkata: "Mudhar Ibn Nuh daripada ‘Abdul ‘Aziz bin Abi Rawwad, tidak dikenali meriwayatka hadith, hadithnya juga tidak mahfuz". Al-Hafiz al-‘Iraqi turut mengakuinya dalam al-Mughni (4/14) dan menyandarkan hadith tersebut kepada Ibn Abi al-Dunya dalam Kitab al-Taubah. Namun, hadith tersebut terdapat sokongan melalui hadith Abu Hurairah RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (6/176, 275) melalui sanad ‘Isa bin Khalid al-Yamani, katanya Soleh al-Murri telah menceritakan kepada kami daripada Hisham bin Hassan daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah secara marfu’: "Sesungguhnya seseorang hamba benar-benar akan melakukan dosa. Apabila dia ingat terhadap dosa tersebut, dia pun merasa sedih. Apabila Allah melihatnya kesedihan, Allah berikan keampunan terhadap dosa yang telah dia lakukan sebelum dia melakukan perkara untuk kaffarahkan dosanya, tidak dengan solat mahupun puasa". Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith Hisham dan Soleh. Kami tidak menulisnya melainkan melalui hadith ‘Isa".
Saya berkata: Adapun ‘Isa, Ibn Hatim telah memuatkan biografinya dalam al-Jarh (3/1/275) dan beliau menukilkan daripada ayahnya bahawa ayahnya berkata: "Hadithnya tidak bermasalah, beliau tempat yang benar". Namun, punca masalah kepada sanad tersebut adalah Soleh al-Murri. Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata dalam al-Mughni (4/14): "Seorang lelaki yang soleh, namun dinilai dha’if dalam hadith". Terdapat sokongan lain melalui hadith Mursal oleh al-Hasan al-Basri RH. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn al-Mubarak (162), Ahmad (396-397), kedua-duanya dalam kitab al-Zuhud melalui sanad al-Mubarak bin Fudhalah daripada al-Hasan, katanya..lalu beliau menyebutkannya secara mursal seumpama hadith tersebut. Saya berkata: Disamping ianya termasuk riwayat Mursal al-Hasan yang seumpama angina, al-Mubarak bin Fudhalah juga dinilai dha’if dalam hadith. Tambahan lagi, beliau perawi yang melakukan Tadlis sebagaimana kata Ahmad dan Abu Daud. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs