Semoga Allah merahmati seseorang yang mengeluarkan kata-kata baik daripada lidahnya

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله رجلا أصلح من لسانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati seseorang yang mengeluarkan kata-kata baik daripada lidahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 48, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه العقيلي (ق 171/ 2) ، وابن عدي في الكامل (5/ 1891) من طريق عيسى بن إبراهيم، عن الحكم بن عبد الله الأيلى، عن الزهري، عن سالم، عن ابن عمر قال: مر عمر بقوم يرمون رشقا، فقال: بئس ما رميتم. قالوا: نحن متعلمين يا أمير المؤمنين. لذنبكم في لحنكم أشد على من ذنبكم في رميكم. سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول: فذكره. قال ابن عدي: هذا حديث منكر لا أعلم رواه عن الزهرىء غير الحكم الأيلى، وهو منكر متروك الحديث. ولا يروي عن الحكم غير عيسى هذا.
قلت: أما عيسى فإنه تلف. قال البخاري: منكر الحديث. يعني لا تحل الرواية عنه كما هو مصطلحه. وقال النسائي: متروك الحديث. وأما الحكم بن عبد الله، فقد قال أحمد: أحاديثه كلها موضوعة. وكذبه أبو حاتم وغيره. وقول عمر رضي الله عنه: لذنبكم في لحنكم. يقصد به أنهم لحنوا في كلامهم وأخطئوا إذ قالوا: نحن متعلمين والصواب أن يقولوا: نحن متعلمون. والله أعلم.

Mawdhu'(Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 171/2) dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (5/1891) melalui sanad ‘Isa ibn Ibrahim daripada al-Hakam bin Abd Allah al-Aili daripada al-Zuhri daripada Salim daripada Ibn ‘Umar, katanya: ‘Umar melintasi suatu golongan yang sedang melakukan lempiran panah, lalu ‘Umar berkata: “Alangkah buruknya panahan kamu”. Mereka pun berkata: نحن متعلمين “Kami adalah orang-orang yang belajar, wahai Amirul Mukminin”. Lantas ‘Umar pun berkata: “Dosa kamu dalam kesalahan percakapan kamu adalah lebih teruk bagiku berbanding dosa kamu dalam panahan kamu. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:….., lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut”. Ibn ‘Adi berkata: “Ini adalah hadith yang munkar, tidak aku ketahui yang meriwayatkannya daripada al-Zuhri selain al-Hakam al-Aili, beliau adalah munkar lagi Matruk al-Hadith dan tidak ada pula yang meriwayatkan daripada al-Hakam selain ‘Isa tersebut”.
Saya berkata: ‘Isa seorang yang Talif (Perosak Hadith). Al-Bukhari berkata: “Munkar al-Hadith”, maksudnya tidak halal meriwayatkan daripada beliau sebagaimana istilah beliau. Al-Nasa’ei pula berkata: “Matruk al-Hadith”. Manakala, al-Hakam bin Abd Allah, Ahmad pernah berkata tentang beliau: “Kesemua hadith-hadithnya adalah mawdhu'”. Abu Hatim dan lain-lain menilai beliau sebagai pendusta. Kata-kata ‘Umar RA: “Dosa kamu dalam kesalahan percakapan kamu…..” maksudnya mereka telah melakukan kesalahan dan kesilapan dalam percakapan mereka kerana mengatakan: نحن متعلمين sebetulnya perlu perlu katakan: نحن متعلمون. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.