TEKS BAHASA ARAB
قيم الدين الصلاة، وسنام العمل الجهاد، وأفضل أخلاق الإسلام الصمت؛ حتى يسلم الناس منك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiang agama ialah solat, puncak amalan ialah jihad, dan sebaik-baik akhlak Islam ialah diam agar manusia berasa selamat denganmu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis nombor 2577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن وهب بن منبه، قال: إن رجلاً سأل النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: يا رسول الله! ما أفضل الأعمال؟ قال: ((قيم الدين الصلاة، وسنام العمل الجهاد، وأفضل أخلاق الإسلام الصمت؛ حتى يسلم الناس منك)). [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (4069)]
(Lemah)
Daripada Wahb bin Munabbih, beliau berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulallah, apakah ia amalan yang paling afdal? Baginda berkata: “Tiang agama ialah solat, puncak amalan ialah jihad, dan sebaik-baik akhlak Islam ialah diam agar manusia berasa selamat denganmu.”
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4069]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.