TEKS BAHASA ARAB
قل: اللهم إني أسألك نفسا بك مطمئنة، تؤمن بلقائك، وترضى بقضائك، وتقنع بعطائك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Katakanlah: Wahai Allah! Aku memohon jiwa yang berasa tenang dengan-Mu, beriman dengan hari bertemu dengan-Mu, reda dengan ketentuan-Mu dan rasa cukup dengan pemberian-Mu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis nombor 2576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((قل: اللهم إني أسألك نفسا بك مطمئنة، تؤمن بلقائك، وترضى بقضائك، وتقنع بعطائك)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4060)]
(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Katakanlah: Wahai Allah! Aku memohon jiwa yang berasa tenang dengan-Mu, beriman dengan hari bertemu dengan-Mu, reda dengan ketentuan-Mu dan rasa cukup dengan pemberian-Mu.”
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4060]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.