Jika turun wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda akan rebah ketika itu keadaannya seperti orang yang sedang mabuk

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا أوحي إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم-؛ وقذ لذلك ساعة كهيئة السكران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika turun wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda akan rebah ketika itu keadaannya seperti orang yang sedang mabuk.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 480, hadis nombor 2579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عكرمة مرفوعا: ((كان إذا أوحي إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم-؛ وقذ لذلك ساعة كهيئة السكران)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4176)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Ikrimah, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Jika turun wahyu kepada Rasulullah SAW, Baginda akan rebah ketika itu keadaannya seperti orang yang sedang mabuk.”
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4176]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs