Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا شَهِدَ رَجُلٌ عَلَى رَجُلٍ بِالْكُفْرِ إِلا بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَافِرًا فَهُوَ كَمَا قَالَ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ كَافِرًا فَقَدْ كَفَرَ بِتَكْفِيرِهِ إِيَّاهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada seorang lelaki yang mengatakan seorang yang lain kafir melainkan perkataan tersebut akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. Jika dia seorang yang kafir, maka dia adalah seperti mana yang disebutkan olehnya. Jika bukan maka dia telah menjadi kafir dengan sebab mengatakan orang lain kafir.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
“Tiada seorang lelaki yang mengatakan seorang yang lain kafir melainkan perkataan tersebut akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. Jika dia seorang yang kafir, maka dia adalah seperti mana yang disebutkan olehnya. Jika bukan maka dia telah menjadi kafir dengan sebab mengatakan orang lain kafir.” Hadith ini adalah hadith yang lemah. al-Ghazali berkata: Ini terjadi apabila dia mengkafirkan orang yang dia tahu bahawa orang tersebut adalah seorang muslim. Namun jika dia menyangka bahawa orang tersebut kafir, pelaku bid’ah atau selainnya maka dia hanya dianggap sebagai tersalah bukannya kafir. al-Haqir menyebut: Cukuplah kesalahan yang dilakukan itu menjadi dosa yang nyata. Tersalah tuduh orang berzina maka layak mendapat hukuman 70 kali sebatan dan ditolak penyaksiannya selama-lamanya jika dia bertaubat. Bagaimana pula jika dia menuduh orang lain dengan kekafiran sedangkan kekafiran itu adalah dosa yang paling besar. Maha Suci Engkau Wahai Tuhan, inilah pendustaan yang paling besar.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman