Barang siapa yang membina sebuah masjid yang dilaksanakan solat di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

من بنى مسجداً يصلّى فيه؛ بنى الله عز وجل له بيتا في الجنة أفضل منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membina sebuah masjid yang dilaksanakan solat di dalamnya, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga yang lebih indah daripadanya (masjid tersebut).

STATUS

Munkar dengan tambahan: "lebih baik daripadanya"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 378, hadis nombor 2003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: «أفضل منه») عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من بنى مسجداً يصلّى فيه؛ بنى الله عز وجل له بيتا في الجنة أفضل منه». [تخ، حم، طب، عد، حل، ابن عساكر، «الضعيفة» (6716)].

(Munkar Dengan Tambahan: "lebih baik daripadanya") Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Barang siapa yang membina sebuah masjid yang dilaksanakan solat di dalamnya, nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga yang lebih indah daripadanya (masjid tersebut).” [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Imam Ahmad dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6716].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.