Terdapat manusia yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian kebanyakan daripada mereka menjadi kufur

TEKS BAHASA ARAB

قد قال الناس: ربنا الله، ثم كفر أكثرهم، فمن مات منهم عليها فهو ممن استقام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat manusia yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian kebanyakan daripada mereka menjadi kufur. Maka sesiapa di kalangan mereka yang mati di atas kalimah tersebut, dia ialah orang yang tetap teguh.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis nombor 2572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ: ﴿إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا﴾ قال: ((قد قال الناس: ربنا الله، ثم كفر أكثرهم، فمن مات منهم عليها فهو ممن استقام)). [ت، ((الضعيفة)) (4052)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW membaca ayat: “Sesungguhnya mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, lalu mereka tetap teguh.” Baginda bersabda: “Terdapat manusia yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian kebanyakan daripada mereka menjadi kufur. Maka sesiapa di kalangan mereka yang mati di atas kalimah tersebut, dia ialah orang yang tetap teguh.”
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4052]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs