Terdapat dua malaikat di langit

TEKS BAHASA ARAB

في السماء ملكان؛ أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب؛ أحدهما جبريل [والآخر] ميكائيل. ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر [يأمر] بالشدة، وكل مصيب -وذكر إبراهيم ونوحا-. ولي صاحبان؛ أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب، -وذكر أبا بكر وعمر-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat dua malaikat di langit. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran. Yang pertama ialah Jibril manakala yang kedua ialah Mikail. Dan terdapat dua nabi. Salah satu daripada mereka memerintah dengan lembut, manakala seorang lagi memerintah keras. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Ibrahim dan Nuh-. Dan aku mempunyai dua sahabat. Salah satu daripada mereka memerintah dengan lembut, manakala seorang lagi memerintah keras. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Abu Bakr dan ‘Umar-.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 478 – 479, hadis nombor 2571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((في السماء ملكان؛ أحدهما يأمر بالشدة، والآخر يأمر باللين، وكل مصيب؛ أحدهما جبريل [والآخر] ميكائيل. ونبيان، أحدهما يأمر باللين، والآخر [يأمر] بالشدة، وكل مصيب -وذكر إبراهيم ونوحا-. ولي صاحبان؛ أحدهما يأمر باللين، والآخر يأمر بالشدة، وكل مصيب، -وذكر أبا بكر وعمر-)). [أبو بكر النيسابوري في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4015)]

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Terdapat dua malaikat di langit. Salah satu daripada mereka memerintah dengan keras, manakala seorang lagi memerintah lembut. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran. Yang pertama ialah Jibril manakala yang kedua ialah Mikail. Dan terdapat dua nabi. Salah satu daripada mereka memerintah dengan lembut, manakala seorang lagi memerintah keras. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Ibrahim dan Nuh-. Dan aku mempunyai dua sahabat. Salah satu daripada mereka memerintah dengan lembut, manakala seorang lagi memerintah keras. Walaupun begitu, kedua mereka berada di atas kebenaran -lalu Baginda menyebut Abu Bakr dan ‘Umar-.”
[Riwayat Abu Bakr al-Naisaburi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4015]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs