TEKS BAHASA ARAB
قال الله -عز وجل: أحب ما تعبدني به عبدي إلي النصح.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah Azza wa Jalla berfirman: Ibadah yang hamba-Ku lakukan yang paling aku sukai ialah perbuatan memberi nasihat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 479, hadis nombor 2574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((قال الله -عز وجل: أحب ما تعبدني به عبدي إلي النصح)). [ابن المبارك، الروياني، حم، حل، البغوي، ((الضعيفة)) (4032)]
(Sangat lemah)
Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (menisbahkannya kepada Nabi SAW): “Allah Azza wa Jalla berfirman: Ibadah yang hamba-Ku lakukan yang paling aku sukai ialah perbuatan memberi nasihat.”
[Riwayat Ibn al-Mubarak, al-Ruyani, Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4032]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.