TEKS BAHASA ARAB
إنا لا نعبد الشمس ولا القمر، ولكنا نعبد الله تبارك وتعالى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kita tidak menyembah matahari mahupun bulan, tetapi kita menyembah Allah Taala.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 478, hadis nombor 2569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رفاعة بن الحرير، قال: حدثني جدي عن ابيه، قال: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر، فنام عن الصبح حتى طلعت الشمس، ففزع الناس، فقال النبي -عليه السلام-: ((إنا لا نعبد الشمس ولا القمر، ولكنا نعبد الله تبارك وتعالى)). [عق، ((الضعيفة)) (4146)]
(Munkar)
Daripada Rifa’ah bin al-Harir, beliau berkata: Datukku menyampaikan kepadaku daripada ayahnya, beliau berkata: Kami berada bersama-sama Nabi SAW dalam sebuah permusafiran. Baginda tidur pada waktu subuh hingga matahari terbit, lalu manusia menjadi takut. Nabi SAW lalu bersabda: “Kita tidak menyembah matahari mahupun bulan, tetapi kita menyembah Allah Taala.”
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4146]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.