Tempat membuang air ini dihadiri oleh jin dan syaitan

TEKS BAHASA ARAB

هذه الحشوش محتضرة، فإذا دخل أحدكم الخلاء؛ فليقل: بسم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya tempat membuang air ini dihadiri (oleh jin dan syaitan). Oleh itu, apabila seseorang kamu hendak masuk ke tempat membuang air, hendaklah dia membaca Basmalah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1210, hadis nombor 6159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: هذه الحشوش محتضرة، فإذا دخل أحدكم الخلاء؛ فليقل: بسم الله.
[ابن السني، ((الضعيفة)) (4738)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’: Sesungguhnya tempat membuang air ini dihadiri (oleh jin dan syaitan). Oleh itu, apabila seseorang kamu hendak masuk ke tempat membuang air, hendaklah dia membaca Basmalah.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4738]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs