Wuduk manakah yang lebih utama berbanding mandi?!

TEKS BAHASA ARAB

وأي وضوء أفضل من الغسل؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wuduk manakah yang lebih utama berbanding mandi?!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1210, hadis nombor 6161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف مرفوعا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم سئل عن الوضوء بعد الغسل؟ فقال: وأي وضوء أفضل من الغسل؟!.
[طب، ك، ((الضعيفة)) (4746)]

(Lemah secara marfu’)
Daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Nabi SAW pernah ditanya bekenaan berwuduk selepas mandi? Lalu baginda menjawab: Wuduk manakah yang lebih utama berbanding mandi?!
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4746]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.