Ini adalah wuduk yang paling sempurna

TEKS BAHASA ARAB

هذا أسبغ الوضوء، وهو وضوئي، ووضوء خليل الله إبراهيم، ومن توضأ هكذا؛ ثم قال عند فراغه: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ فتح له ثمانية أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ini adalah wuduk yang paling sempurna, ia adalah wudukku dan wuduk Khalil Allah Ibrahim. Sesiapa yang berwuduk sedemikian kemudian setelah selesai dia mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, dibukakan untuknya 8 pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia kehendaki.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1210, hadis nombor 6158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: توضأ رسول الله صلى الله عليه وسلم واحدة واحدة، فقال: هذا وضوء من لا يقبل الله منه صلاة إلا به. ثم توضأ ثنتين، فقال: هذا وضوء القدر من الوضوء، وتوضأ ثلاثا ثلاثا، وقال: هذا أسبغ الوضوء، وهو وضوئي، ووضوء خليل الله إبراهيم، ومن توضأ هكذا؛ ثم قال عند فراغه: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ فتح له ثمانية أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء.
[هـ، ((الضعيفة)) (4735)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW berwuduk sekali, sekali, lantas baginda bersabda: Ini adalah wuduk orang yang Allah tidak akan menerima solat daripadanya melainkan dengan wuduk tersebut. Kemudian baginda berwuduk dua kali, dua kali, lantas baginda bersabda: Ini adalah wuduk yang memadai. Baginda berwuduk tiga kali tiga kali seraya bersabda: Ini adalah wuduk yang paling sempurna, ia adalah wudukku dan wuduk Khalil Allah Ibrahim. Sesiapa yang berwuduk sedemikian kemudian setelah selesai dia mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya; dibukakan untuknya 8 pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia kehendaki.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4735]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.