TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنها نزلت في علي ثلاثمائة آية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: telah turun ayat berkenaan Ali sebanyak 300 ayat (al-Quran).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 376, hadis nombor 78. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن ابن عباس من قوله: وفي إسناده: سلام بن سليمان الثقفي، وجويبر، وهما متروكان، والضحاك، وهو ضعيف، وقال ابن الجوزي: موضوع. قال في اللآلىء: سلام يروي له ابن ماجة.
Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi daripada Ibn Abbas dari kata-katanya. Pada sanadnya terdapat Salam bin Sulaiman al-Thaqafi dan Juwaibir. Kedua-duanya adalah matruk (ditinggalkan riwayatnya). Al-Dhahhak pula adalah dhaif. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dia berkata dalam al-Laali’: Riwayat Salam diriwayatkan oleh Ibn Majah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.