Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang menjadi imam kepada kaumnya sedangkan mereka membencinya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لعن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم رجلا أم قوما وهم له كارهون. وامرأة باتت وزوجها عليها ساخط ورجلا يسمع: حي على الفلاح فلم يجب

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang menjadi imam kepada kaumnya sedangkan mereka membencinya, wanita yang tidur sedangkan suaminya marah dan lelaki yang mendengar seruan mari menuju kejayaan (hayya ‘Ala Falah) namun dia tidak menghadiri solat berjemaah.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 30-31, hadis nombor 63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوعًا وَقَالَ: لا يَصِحُّ. وَقَالَ أَحْمَدُ: أَحَادِيثُ مُحَمَّدِ بْنِ الْقَاسِمِ: مَوْضُوعَةٌ لَيْسَ بِشَيْءٍ رَمَيْنَا بِحَدِيثِهِ. قال في اللآلىء: وَقَدْ وَثَّقَهُ ابْنُ مَعِينٍ وَلِلْحَدِيثِ شواهد من حديث ابْنِ عَمْرٍو عِنْدَ أَبِي دَاوُدَ وَابْنِ مَاجَهْ وَأَنَسٍ عِنْدَ ابن خُزَيْمَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ عِنْدَ ابْنِ مَاجَهْ وَأَبِي أُمَامَةَ عِنْدَ التِّرْمِذِيِّ وَحَسَّنَهُ وَصَّحَحَهُ الضِّيَاءُ فِي الْمُخَتاَرِة وَطَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عِنْدَ الطَّبَرَانِيِّ وَسَلْمَانَ عِنْدَ ابْنِ أَبِي شَيْبَةَ وَابْنِ عُمَرَ عِنْدَ الْحَاكِمِ وغير هؤلاء

Riwayat al-Tirmizi daripada Anas secara marfu’ (yang disandar kepada nabi), beliau berkata Hadith ini tidak sahih.
Ahmad berkata: Hadith-hadith Muhammad bin al-Qasim palsu, tiada nilai dan kami membuang hadithnya.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: Ibn Ma’in menilainya sebagai thiqah (dipercayai) dan hadith ini mempunyai sokongan daripada hadith Ibn Amru di dalam Kitab Abu Dawud dan Ibn Majah. Manakala riwayat daripada Anas di dalam kitab Ibn Khuzaimah. Riwayat Ibn Abbas dalam kitab Ibn Majah. Riwayat Abu Umamah dalam kitab al-Tirmizi dan beliau menilai sebagai hasan dan Al-Dhiya’ di dalam kitabnya al-Mukhtar menilainya sebagai sahih. Riwayat Talhah bin Ubaidillah juga di dalam kitab al-Tabarani. Riwayat Salman di dalam kitab Ibn Abi Syaibah. Riwayat Ibn Umar di dalam Kitab al-Hakim dan selain mereka yang disebutkan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.