TEKS BAHASA ARAB
مكتوب في التوراة: كما تدين تدان، وكما تزرع تحصد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Telah tertulis dalam Taurat: Sebagaimana kamu lakukan maka begitulah kamu akan diperlakukan, dan sebagaimana kamu bercucuk tanam maka kamu akan menuai.
STATUS
Tiada asal marfu’
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2031, hadis nombor 10217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعا)
عن مالك بن دينار، قال: مكتوب في التوراة: كما تدين تدان، وكما تزرع تحصد.
[((الضعيفة)) (4510)]
(Tiada asal marfu’)
Daripada Malik bin Dinar, katanya: Telah tertulis dalam Taurat: Sebagaimana kamu lakukan maka begitulah kamu akan diperlakukan, dan sebagaimana kamu bercucuk tanam maka kamu akan menuai.
[Riwayat Silsilah al-Da’ifah no. 4510]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.