Makruf (kebaikan) adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

المعروف باب من أبواب الجنة، وهو يدفع مصارع السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makruf (kebaikan) adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga dan ia menolak serangan kejahatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2031, hadis nombor 10216. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عامر –رضي الله عنهما- مرفوعا: المعروف باب من أبواب الجنة، وهو يدفع مصارع السوء.
[أبو الشبخ في ((الثواب))، إبن أبي حاتم في ((العلل))، الضعيفة (4680)]

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makruf (kebaikan) adalah satu pintu daripada pintu-pintu syurga dan ia menolak serangan kejahatan.
[Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Thawab, Ibn Abu Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4680]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs