Hampir-hampir munculnya kejahilan dan tersembunyinya ilmu

TEKS BAHASA ARAB يوشك أن يظهر الجهل ويخزن العلم ويتواصل الناس بألسنتهم ويتباعدون بقلوبهم فإذا فعلوا ذلك طبع الله على قلوبهم وسمعهم وأبصارهم. TEKS BAHASA MALAYSIA Hampir-hampir munculnya kejahilan dan tersembunyinya ilmu. Manusia saling berhubungan dengan lidah-lidah mereka, sedangkan jantung hati mereka saling berjauhan. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka Allah SWT akan mengunci jantung hati mereka, pendengaran serta …

Wahai Tuhanku, Kau ampunkanlah apa yang telah aku lakukan dan yang bakal aku lakukan

TEKS BAHASA ARAB كان إذا فرغ من صلاته؛ رفع يديه وضمهما وقال: رب! اغفر لي ما قدمت وما أخرت، وما أسررت وما أعلنت، وما أسرفت، وما أنت أعلم به مني؛ أنت المقدم وأنت المؤخر، لا إله إلا أنت، لك الملك، ولك الحمد. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila selesai menunaikan solat, baginda akan mengangkat kedua tangannya dan merapatkan keduanya lalu baginda berkata: …

Doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW di penghujung solat

TEKS BAHASA ARAB كان يتعوذ في دبر الصلاة من الأربع: من عذاب القبر، وعذاب النار، وشر الفتن ما ظهر منها وما بطن، ومن الأعور الكذاب. TEKS BAHASA MALAYSIA Rasulullah SAW sering memohon perlindungan di hujung solat, daripada empat perkara iaitu: Daripada azab kubur, azab neraka, kejahatan fitnah-fitnah yang zahir dan yang tersembunyi, dan juga perlindungan daripada pendusta yang buta sebelah …

Allah akan menzahirkan dirinya kepada ahli syurga

TEKS BAHASA ARAB إن الله يتجلى لأهل الجنة في مقدار كل يوم ‌على ‌كثيب كافور أبيض. TEKS BAHASA MALAYSIA Allah akan menzahirkan diri-Nya kepada ahli syurga setiap hari di atas bukit pasir kapur barus putih. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau …

Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti rumah yang hancur pada luaran

TEKS BAHASA ARAB مثل المؤمن كالبيت الخرب في الظاهر، فإذا دخلته وجدته مؤنقا، ومثل الفاجر كمثل القبر المشرف المجصص يعجب من رآه، وجوفه ممتلئ نتنا. TEKS BAHASA MALAYSIA Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti rumah yang hancur pada luaran. Namun apabila kamu memasukinya, kamu akan mendapatinya dalam keadaan yang elok. Manakala perumpamaan orang yang jahat itu adalah seperti kubur yang …