Wahai Tuhanku, Kau ampunkanlah apa yang telah aku lakukan dan yang bakal aku lakukan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا فرغ من صلاته؛ رفع يديه وضمهما وقال: رب! اغفر لي ما قدمت وما أخرت، وما أسررت وما أعلنت، وما أسرفت، وما أنت أعلم به مني؛ أنت المقدم وأنت المؤخر، لا إله إلا أنت، لك الملك، ولك الحمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila selesai menunaikan solat, baginda akan mengangkat kedua tangannya dan merapatkan keduanya lalu baginda berkata: Wahai Tuhanku, Kau ampunkanlah apa yang telah aku lakukan dan yang bakal aku lakukan. Ampunkanlah aku apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku zahirkan, dan tindakanku yang melampaui batas serta apa-apa yang Kau lebih mengetahuinya berbanding aku. Kau adalah yang dahulu dan yang terakhir. Tidak ada Tuhan selain-Mu, milik-Mu segala kekuasaan dan untuk-Mu segala pujian.

STATUS

Munkar dengan konteks ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 297, hadis nombor 1566. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن علقمة بن مرثد و إسماعيل بن أمية، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كان إذا فرغ من صلاته؛ رفع يديه وضمهما وقال: رب! اغفر لي ما قدمت وما أخرت، وما أسررت وما أعلنت، وما أسرفت، وما أنت أعلم به مني؛ أنت المقدم وأنت المؤخر، لا إله إلا أنت، لك الملك، ولك الحمد)).
[ابن المبارك، ((الضعيفة)) (4997)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada ‘Alqamah bin Marthad dan Ismail bin Umayyah, Bahawa Rasulullah SAW: Apabila selesai menunaikan solat, baginda akan mengangkat kedua tangannya dan merapatkan keduanya lalu baginda berkata: Wahai Tuhanku, Kau ampunkanlah apa yang telah aku lakukan dan yang bakal aku lakukan. Ampunkanlah aku apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku zahirkan, dan tindakanku yang melampaui batas serta apa-apa yang Kau lebih mengetahuinya berbanding aku. Kau adalah yang dahulu dan yang terakhir. Tidak ada Tuhan selain-Mu, milik-Mu segala kekuasaan dan untuk-Mu segala pujian.
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4997]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.