TEKS BAHASA ARAB
مثل المؤمن كالبيت الخرب في الظاهر، فإذا دخلته وجدته مؤنقا، ومثل الفاجر كمثل القبر المشرف المجصص يعجب من رآه، وجوفه ممتلئ نتنا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti rumah yang hancur pada luaran. Namun apabila kamu memasukinya, kamu akan mendapatinya dalam keadaan yang elok. Manakala perumpamaan orang yang jahat itu adalah seperti kubur yang dimuliakan dan ditampal kapur, orang yang melihatnya akan merasa kagum, padahal di dalamnya penuh dengan kebusukan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 461, hadis nombor 2474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي ﷺ قال: «مثل المؤمن كالبيت الخرب في الظاهر، فإذا دخلته وجدته مؤنقا، ومثل الفاجر كمثل القبر المشرف المجصّص يعجب من رآه، وجوفه ممتلئ نتنا». [هب، «الضعيفة» (2230)].
(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: "Perumpamaan orang mukmin itu adalah seperti rumah yang hancur pada luaran. Namun apabila kamu memasukinya, kamu akan mendapatinya dalam keadaan yang elok. Manakala perumpamaan orang yang jahat itu adalah seperti kubur yang dimuliakan dan ditampal kapur, orang yang melihatnya akan merasa kagum, padahal di dalamnya penuh dengan kebusukan". [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2230].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.