Zakat fitrah wajib terhadap kanak-kanak, orang dewasa, lelaki dan wanita, Yahudi atau Nasrani, hamba atau merdeka

TEKS BAHASA ARAB حديث: صدقة الفطر على كل صغير وكبير ذكر وأنثى يهودي أو نصراني حر أو مملوك: نصف صاع من تمر أو صاع من شعير. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Zakat fitrah wajib terhadap kanak-kanak, orang dewasa, lelaki dan wanita, Yahudi dan Nasrani, hamba atau merdeka dengan setengah cupak tamar atau secupak gandum. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini …

Hafizah (penjaga) Ramadhan adalah (ucapan) ‘Tidak ada nikmat melainkan nikmatMu

TEKS BAHASA ARAB حفيظة رمضان وهي لا آلاء إلا آلاؤك يا الله إنك سميع عليم محيط به علمك وبالحق أنزلناه وبالحق نزل. TEKS BAHASA MALAYSIA Hafizah (penjaga) Ramadhan adalah (ucapan) ‘Tidak ada nikmat melainkan nikmatMu, ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar dan maha mengetahui. IlmuMu meliputi semuanya, juga Kami turunkan al-Quran dengan sebenar-benarnya dan al-Quran diturunkan dengan membawa kebenaran. …

Barang siapa mendirikan Ramadhan diampun dosa lalu dan akan datang

TEKS BAHASA ARAB من قام رمضان إيماناً واحتساباً؛ غفر له ما تقدم من ذنبه. ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً؛ غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر. TEKS BAHASA MALAYSIA Barang siapa mendirikan Ramadhan dengan iman dan pengharapan, akan diampunkan baginya apa yang telah lalu dan yang akan datang. STATUS Shaz dengan tambahan: Dan yang akan datang KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI …

Berpuasa sehari bulan Sha’ban

TEKS BAHASA ARAB لأن أصوم يوما من شعبان أحب إلي من أن أفطر يوما من رمضان. TEKS BAHASA MALAYSIA Sekiranya aku berpuasa sehari bulan Sha’ban, benar-benar lebih aku sukai berbanding aku berbuka (tidak berpuasa) sehari pada bulan Ramadhan. STATUS Bukan hadis KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis …

Sesungguhnya ia dinamakan Ramadhan

TEKS BAHASA ARAB إِنَّمَا سُمّيَ رَمَضانَ لأنهُ يَرْمِضُ الذُّنوبَ. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya ia dinamakan Ramadhan kerana ia membakar dosa-dosa. STATUS Batil KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 24, hadis nombor 109. Berikut adalah komentar …