TEKS BAHASA ARAB
حديث: صدقة الفطر على كل صغير وكبير ذكر وأنثى يهودي أو نصراني حر أو مملوك: نصف صاع من تمر أو صاع من شعير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Zakat fitrah wajib terhadap kanak-kanak, orang dewasa, lelaki dan wanita, Yahudi dan Nasrani, hamba atau merdeka dengan setengah cupak tamar atau secupak gandum.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60-61, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن ابن عباس مرفوعا وزيادة (يهودي أو نصراني) موضوعة تفرد بها سلام الطويل وهو متروك.
al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi), tambahan lafaz Yahudi atau Nasrani itu adalah palsu, Salam al-Tawil bersendirian meriwayatkannya dan dia dihukumkan sebagai matruk.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.