Barang siapa mendirikan Ramadhan diampun dosa lalu dan akan datang

TEKS BAHASA ARAB

من قام رمضان إيماناً واحتساباً؛ غفر له ما تقدم من ذنبه. ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً؛ غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa mendirikan Ramadhan dengan iman dan pengharapan, akan diampunkan baginya apa yang telah lalu dan yang akan datang.

STATUS

Shaz dengan tambahan: Dan yang akan datang

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 314, hadis nombor 1655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بزيادة: ((وما تأخر))) عن أبي هريرة –رضي الله عنه، عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من قام رمضان إيماناً واحتساباً؛ غفر له ما تقدم من ذنبه. ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً؛ غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر)).
[ن في ((الكبرى))، ((الضعيفة)) (5083) ].

(Shaz dengan tambahan: Dan yang akan datang) Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda telah bersabda. Barang siapa mendirikan Ramadhan dengan iman dan pengharapan, akan diampunkan baginya apa yang telah lalu dan yang akan datang.
[Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i dalam Kitab Sunan Al-Kubra-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5083].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs