Jangan kamu berkahwin dengan wanita kerana kecantikannya

TEKS BAHASA ARAB لا تزوجوا النساء لحسنهن، فعسى حسنهن أن يرديهن، ولا تزوجوهن لأموالهن أن تطغيهن، ولكن تزوجوهن على الدين، ولأمة خرماء سوداء ذات دين أفضل. TEKS BAHASA MALAYSIA Jangan kamu berkahwin dengan wanita kerana kecantikannya. Takut-takut kecantikannya nanti akan menjadikannya hina. Jangan berkahwin dengan wanita kerana hartanya. Takut-takut hartanya nanti akan menjadikannya jahat dan kejam. Tetapi kahwinilah mereka atas …

Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana kemuliaannya

TEKS BAHASA ARAB من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا، ومن تزوجها لمالها لم يزده الله إلا فقرا، ومن تزوجها لحسنها لم يزده الله إلا دناءة، ومن تزوج امراة لم يتزوجها إلا ليغض بصره أوليحصن فرجه ويصل رحمه بارك الله له فيها، وبارك لها فيه. TEKS BAHASA MALAYSIA Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana kemuliannya, maka Allah …

Kecantikan adalah berkata-kata dengan kebenaran

TEKS BAHASA ARAB الجَمالُ صَوَابُ القَوْلِ بالحَقِّ والكَمالُ حُسْنُ الفِعالِ بالصدق. TEKS BAHASA MALAYSIA Kecantikan adalah berkata-kata dengan kebenaran dan kesempurnaan pula adalah perbuatan baik (yang dilakukan) dengan sebenar-benarnya. STATUS Batil KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, …

Mengahwini seseorang wanita kerana harta atau kecantikannya

TEKS BAHASA ARAB من تزوج امرأة لمالها أو جمالها أحرمه الله مالها وجمالها. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang mengahwini seseorang wanita kerana harta atau kecantikannya, maka Allah pasti mengharamkan terhadapnya harta dan kecantikan wanita tersebut. STATUS Bukan hadis KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul …

Apabila seseorang daripada kamu meminang seseorang wanita

TEKS BAHASA ARAB إِذا خَطَبَ أحدُكُم المَرْأةَ وهُوَ يَخْتَضِبُ بالسَّوادِ فليعلمها أنه يختضب. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila seseorang daripada kamu meminang seorang wanita, ketika itu dia mewarnakan rambut dengan warna hitam, maka hendaklah dia memberitahu wanita tersebut bahawa dia mewarnakan rambut. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab …