Mengahwini seseorang wanita kerana harta atau kecantikannya

TEKS BAHASA ARAB

من تزوج امرأة لمالها أو جمالها أحرمه الله مالها وجمالها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengahwini seseorang wanita kerana harta atau kecantikannya, maka Allah pasti mengharamkan terhadapnya harta dan kecantikan wanita tersebut.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 88, hadis nombor 411. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لم يرد بهذا لكن في حديث أنس: من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا، ومن تزوجها لمالها لم يزده الله إلا فقرا، ومن تزوجها لحسنها لم يزده الله إلا دناءة، ومن تزوجها لم يتزوجها إلا ليعف بصره ويحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيها.

Tidak warid hadith dengan lafaz ini, namun terdapat dalam hadith Anas: “Sesiapa yang mengahwini seseorang wanita kerana kemuliaannya, Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah tidak akan menambahkan kepadanya melainkan kefaqiran. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kecantikannya, Allah tidak akan menambahkan kepadanya melainkan kehinaan. Dan sesiapa yang mengahwini seseorang wanita tidak kerana lain melainkan bertujuan memelihara penglihatannya, menjaga kemaluannya dan mendapatkan rahmatNya, Allah pasti memberikan keberkatan kepadanya melalui wanita itu”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon