Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana kemuliaannya

TEKS BAHASA ARAB

من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا، ومن تزوجها لمالها لم يزده الله إلا فقرا، ومن تزوجها لحسنها لم يزده الله إلا دناءة، ومن تزوج امراة لم يتزوجها إلا ليغض بصره أوليحصن فرجه ويصل رحمه بارك الله له فيها، وبارك لها فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana kemuliannya, maka Allah tidak akan menambahkan apa-apa buatnya kecuali kehinaan. Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah buatnya kecuali kemiskinan. Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana kecantikannya, maka Allah tidak akan menambahkan apa-apa buatnya kecuali keburukan. Dan barang siapa yang mengahwini seorang wanita dengan tujuan untuk menahan pandangannya atau memelihara kemaluannya atau mahu menyambungkan silaturahimnya nescaya Allah akan memberkati dirinya buat wanita itu, dan memberkati wanita itu untuk dirinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis nombor 4726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا، ومن تزوجها لمالها لم يزده الله إلا فقرا، ومن تزوجها لحسنها لم يزده الله إلا دناءة، ومن تزوج امراة لم يتزوجها إلا ليغض بصره أوليحصن فرجه ويصل رحمه بارك الله له فيها، وبارك لها فيه)).
[طس، ((الضعيفة)) (1055)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana kemuliaannya, maka Allah tidak akan menambahkan apa-apa buatnya kecuali kehinaan. Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah buatnya kecuali kemiskinan. Barang siapa yang mengahwini seorang wanita kerana kecantikannya, maka Allah tidak akan menambahkan apa-apa buatnya kecuali keburukan. Dan barang siapa yang mengahwini seorang wanita dengan tujuan untuk menahan pandangannya atau memelihara kemaluannya atau mahu menyambungkan silaturahimnya nescaya Allah akan memberkati dirinya buat wanita itu, dan memberkati wanita itu untuk dirinya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1055].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs