Perbuatan mengadu domba, mencaci maki dan juga rasis

TEKS BAHASA ARAB النميمة والشتيمة والحمية في النار، ولا يجتمعن في صدر مؤمن. TEKS BAHASA MALAYSIA Perbuatan mengadu domba, mencaci maki dan juga rasis berada di dalam neraka. Dan kesemuanya itu tidak akan berhimpun di dalam dada seorang Mukmin. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis …

Mengadu domba itu menghampiri sihir dan kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran

TEKS BAHASA ARAB كادت النميمة أن تكون سحرا، وكاد الفقر أن يكون كفرا. TEKS BAHASA MALAYSIA Mengadu domba itu menghampiri sihir dan kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, …

Orang yang terbaik dalam kalangan orang Islam ialah mereka yang sentiasa dilihat berada dalam keadaan mengingati Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB ألا أخبركم بخياركم؟ الذين إذا رؤوا ذكر الله، أفلا أخبركم بشراركم؟ المشاؤون بالنميمة، المفسدون بين الأحبة، الباغون للبرآء العنت. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu orang yang terbaik dalam kalangan kamu? Iaitu mereka yang sentiasa dilihat berada dalam keadaan mengingati Allah. Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu akan seburuk-buruk orang dalam kalangan kamu? Iaitu …

Lima perkara yang boleh membatalkan puasa dan membatalkan wudhu’

TEKS BAHASA ARAB خمس خصال يفطرن الصائم وينقضن الوضوء: الكذب والغيبة والنميمة والنظر بشهوة واليمين الكاذبة. TEKS BAHASA MALAYSIA Lima perkara yang boleh membatalkan puasa dan membatalkan wudhu', iaitu berdusta, mengumpat, mengadu domba, melihat dengan syahwat, dan sumpah palsu. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis …

Tidak akan masuk syurga penagih arak

TEKS BAHASA ARAB ا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ خَمْرٍ ولا مصر على زنى وَلا قَتَّاتٌ وَلا دَيُّوثٌ. TEKS BAHASA MALAYSIA Tidak akan masuk syurga penagih arak, begitu juga orang yang berterusan melakukan zina, pengadu domba dan juga lelaki yang dayus. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu …