Mengadu domba itu menghampiri sihir dan kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran

TEKS BAHASA ARAB

كادت النميمة أن تكون سحرا، وكاد الفقر أن يكون كفرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mengadu domba itu menghampiri sihir dan kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 28, hadis nombor 92. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كادت النميمة أن تكون سحرا، وكاد الفقر أن يكون كفرا)).
[عفيف الخطيب في ((المنظوم والمنثور))، ((الضعيفة)) (1905)]

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mengadu domba itu menghampiri sihir dan kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran.
[Riwayat ‘Afif al-Khatib dalam al-Manzhum wal Mantsur. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1905]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.