Orang yang terbaik dalam kalangan orang Islam ialah mereka yang sentiasa dilihat berada dalam keadaan mengingati Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم بخياركم؟ الذين إذا رؤوا ذكر الله، أفلا أخبركم بشراركم؟ المشاؤون بالنميمة، المفسدون بين الأحبة، الباغون للبرآء العنت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu orang yang terbaik dalam kalangan kamu? Iaitu mereka yang sentiasa dilihat berada dalam keadaan mengingati Allah. Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu akan seburuk-buruk orang dalam kalangan kamu? Iaitu mereka yang sentiasa mengadu domba, merosakkan hubungan antara orang yang berkasih sayang, serta mereka yang mahukan kesusahan kepada orang yang tidak bersalah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 25, hadis nombor 77. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء بنت يزيد – رضي الله عنها – مرفوعا: ((ألا أخبركم بخياركم؟ الذين إذا رؤوا ذكر الله، أفلا أخبركم بشراركم؟ المشاؤون بالنميمة، المفسدون بين الأحبة، الباغون للبرآء العنت)).
[حم، خد، ((الضعيفة)) (1861)]

(Lemah) Daripada Asma’ binti Yazid RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu orang yang terbaik dalam kalangan kamu? Iaitu mereka yang sentiasa dilihat berada dalam keadaan mengingati Allah. Hendakkah kamu aku beritahu kepada kamu akan seburuk-buruk orang dalam kalangan kamu? Iaitu mereka yang sentiasa mengadu domba, merosakkan hubungan antara orang yang berkasih sayang, serta mereka yang mahukan kesusahan kepada orang yang tidak bersalah.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1861]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs