Surah al-Fatihah adalah tujuh ayat yang diulang-ulang dan merupakan al-Qur'an yang agung

TEKS BAHASA ARAB

الحمد لله رب العالمين سبع آيات. بسم الله الرحمن الرحيم إحداهن. وهي السبع المثاني والقرآن العظيم. وهي أم الكتاب وفاتحة الكتاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang adalah salah satunya. Surah al-Fatihah adalah tujuh ayat yang diulang-ulang dan merupakan al-Qur’an yang agung. Ia adalah Umm al-Kitab (Ibu bagi Kitab) dan Pembuka Kitab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 34, hadis nombor 145. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف بهذا السياق.
أخرجه الدارقطني (1/ 312) ومن طريقه البيهقي (2/ 45) من طريق أبي بكر الحنفي ثنا عبد الحميد بن جعفر أخبرني نوح بن أبي بلال عن سعيد المقبري عن أبي هريرة به. قال أبو بكر الحنفي: ثم لقيت نوحاً فحدثني عن سعيد بن أبي سعيد المقبري عن أبي هريرة بمثله ولم يرفعه.
وأخرجه ابن مردويه في تفسيره كما في ابن كثير (1/ 22) والبيهقي (2/ 376- 377) من طريق المعافي بن عمران عن عبد الحميد بن جعفر بسنده سواء. ونقل الحافظ ابن كثير عن الدارقطني أنه قال: كلهم ثقات.
قلت: ويظهر أن عبد الحميد بن جعفر وهم في رفعه. فهو وإن وثقه غير واحد فقد ضعفه الثوري. ولينه النسائي وقال ابن حبان: ربما اخطأ. ومما يدل على أنه وهم في رفعه أن أبا بكر الحنفي وهو أوثق من عبد الحميد. لقى نوح بن أبي بلال فحدثه به، فأوقفه وهو الصواب. ومما يدل على ذلك أن ابن ذئب رواه عن المقبري عن أبي هريرة مرفوعاً: أم القرآن: هي السبع المثاني والقرآن العظيم.
ولم يذكر إحداهن بسم الله الرحمن الرحيم.
أخرجه البخاري (8/ 381- فتح) وأبو داود (1457) والترمذي (3124) والدارمي (2/ 321) والطبري في تفسيره (14/ 41) والطحاوي في المشكل (2/ 78) وأحمد (2/ 448) والبغوي في شرح السنة (4/ 445) من طريق عن ابن أبي ذئب.

Dha’if dengan lafaz ini. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Daraqutni (1/312), juga al-Baihaqi (2/45) melalui al-Daraqutni daripada sanad Abu Bakr al-Hanafi, katanya ‘Abd al-Hamid bin Ja’far telah menceritakan kepada kami, katanya Nuh bin Abi Bilal telah khabarkan kepadaku daripada Sa’id al-Maqburi daripada Abu Hurairah hadith tersebut. Abu Bakr al-Hanafi berkata: “Kemudian aku pun bertemu Nuh, lalu beliau menceritakan kepadaku daripada Sa’id bin Abi Sa’id al-Maqburi daripada Abu Hurairah seperti hadith itu, namun beliau tidak meriwayatkannya secara marfu’”. Ianya juga telah dikeluarkan oleh Ibn Mardawaih dalam Tafsir beliau – sebagaimana dalam Tafsir Ibn Kathir (1/22) -, dan al-Baihaqi (2/376-377) melalui sanad al-Ma’afi bin ‘Imran daripada ‘Abd al-Hamid bin Ja’far dengan sanad yang sama. Al-Hafiz Ibn Kathir menukilkan daripada al-Daraqutni bahawa beliau berkata: “Kesemua perawi adalah thiqah”.
Saya berkata: Secara zahirnya ‘Abd al-Hamid bin Ja’far terkeliru dalam meriwayatkannya secara marfu’. Sekalipun beliau telah dinilai thiqah oleh bukan seorang ulama, namun al-Thawri menilai beliau sebagai dha’if, al-Nasa’ei menilai beliau sebagai lemah dan Ibn Hibban berkata: “Beliau kerapkali melakukan kesilapan”. Antara bukti yang menunjukkan bahawa beliaulah yang telah terkeliru dalam meriwayatkannya secara marfu’ adalah Abu Bakr al-Hanafi – beliau lebih thiqah berbanding ‘Abd al-Hamid –telah bertemui Nuh bin Abi Bilal sendiri, lalu Nuh pun menceritakan hadith itu kepada Abu Bakr. Nuh meriwayatkannya secara mawquf, itulah yang sebetulnya.
Antara bukti lain yang menunjukkan bahawa ‘Abd al-Hamid terkeliru adalah Ibn Abi Zi’b telah meriwayatkannya daripada al-Maqburi daripada Abu Hurairah secara marfu’: “Ummu al-Qur’an (Ibu kepada al-Qur’an) adalah tujuh ayat yang diulang-ulang dan al-Qur’an yang agung”. Beliau tidak menyebutkan pun: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang salah satunya”. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (8/381 – Fath), Abu Daud (1457), al-Tirmizi (3124), al-Darimi (2/321), al-Tabari dalam Tafsir beliau (14/41), al-Tahawi dalam al-Mushkil (2/78), Ahmad (2/448) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (4/445) melalui sanad daripada Ibn Abi Zi’b.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.