Apabila kamu meletakkan tubuh kamu atas katil dan membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

TEKS BAHASA ARAB

إذا وضعت جنبك على الفراش، وقرأت فاتحة الكتاب و قل هو الله أحد فقد أمنت من كل شيء إلا الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu meletakkan tubuh kamu atas katil dan membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas, maka kamu telah aman daripada semua perkara kecuali mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 34, hadis nombor 146. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البزار (ج 4/ رقم 3109) من طريق إبراهيم بن سعيد الجوهري، ثنا غسان بن عبيد عن أبي عمران الجوني عن أنس مرفوعاً به. قال البزار: لا نعلمه بهذا اللفظ إلا من هذا الوجه عن أنس، ولم نسمعه إلا من إبراهيم. وقال الهيثمي (10/ 121) : فيه غسان بن عبيد وهو ضعيف. ووثقه ابن حبان وبقية رجاله رجال الصحيح.
قلت: غسان بن عبيد. قال أحمد: كتبنا عنه، وخرقت حديثه. وضعفه ابن معين وابن عدي وغيرهما. فهو علة الحديث.
وأصح ما ورد في هذا الباب هو ما أخرجه البخاري (4/ 487- فتح) والنسائي في اليوم والليلة (959) وابن خزيمة (4/ 91- 92/ 2424) والبيهقي في الدلائل (7/ 107- 108) والبغوي في شرح السنة (4/ 460- 462) والحافظ في التعليق (3/ 296) من طريق عثمان بن الهيثم نا عوف عن محمد بن سيرين عن أبي هريرة قال: وكلني رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بحفظ زكاة رمضان فأتاني آت يحثو من الطعام فأخذته وذكر الحديث وفيه أن الجني قال لأبي هريرة: إذا أويت إلى فراشك، فأقرأ آية الكرسي من أولها إلى آخرها، فإنه لن يزال عليك من الله حافظ، ولا يقربنك شيطان حتى تصبح. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: أما إنه قد صدقك، وهو كذوب.
قال النووي في الأذكار (75- 76) : أخرجه البخاري في صحيحه فقال: وقال عثمان بن الهيثم حدثنا عوف عن محمد بن سيرين عن أبي هريرة. وهذا متصل، فإن عثمان بن الهيثم أحد شيوخ البخاري الذين روى عنهم في صحيحه. وأما قول أبي عبد الله الحميدي في الجمع بين الصحيحين : أن البخاري أخرجه تعليقاً فغير مقبول. فإن المذهب الصحيح المختار عند العلماء. والذي عليه المحققون. أن قول البخاري وغيره: وقال فلان محمول على سماعه منه واتصاله إذا لم يكن مدلساً، وكان قد لقيه، وهذا من ذلك. أهـ‍.
فتعقبه الحافظ في النتائج بقوله: الذي ذكره الشيخ عن الحميدي ونازعه فيه لم ينفرد به الحميدي بل تبع فيه الإسماعيلي والدارقطني والحاكم وأبا نعيم وغيرهم وهو الذي عليه عمل المتأخرين والحفاظ، كالضياء المقدسي وابن القطان وابن دقيق العيد المزي. وقال الخطيب في الكفاية : لفظ: قال لا يحمل على السماع إلا ممن عرف من عادته أنه لا يقولها إلا في موضع السماع. أهـ‍. نقله عنه ابن علان في الفتوحات (3/147)
قلت: والحق، هو ما ذهب إليه الحافظ. نعم لو كانت الصيغة: قال لي فهي أظهر في الاتصال. وقد قال البخاري في كتاب الأذان من صحيحه (2/ 334 فتح) : قال لنا آدم حدثنا شعبة…الخ.
قال الحافظ: قوله: قال لنا هو موصول لأني وجدت كثيراً مما قال فيه: قال لنا في الصحيح قد أخرجه في تصانيف أخرى بصيغة حدثنا. أهـ‍. وقال في الفتح في مكان آخر (1/ 156) : إني استقرأت كثيراً من المواضع التي يقول فيها في الجامع : قال لي فوجدته في غير الجامع يقول فيها: حدثنا. والبخاري لا يستجيز في الإجازة إطلاق التحديث. فدل أنها من المسموع عنده. أهـ‍.
ولتفضيل القول مقام آخر. ومما ثبت قراءته من القرآن حال النوم قوله صلى الله عليه وسلم : إذا أتيت مضجعك للنوم فأقرأ {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ} ثم نم على خاتمتها فإنها براءة لك من الشرك. وهو حديث حسن على نحو ما حققته في جنة المرتاب (باب رقم 10).

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (juz 4/hadith : 3109) melalui sanad Ibrahim bin Sa’id al-Jawhari, katanya Ghassan bin ‘Ubaid telah menceritakan kepada kami daripada Abu ‘Imran al-Jawni daripada Anas secara marfu’ hadith tersebut. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui dengan lafaz ini melainkan melalui sanad ini daripada Anas. Dan hadith tersebut tidak kami dengar melainkan daripada Ibrahim". Al-Haythami (10/121) berkata: "Dalam sanadnya terdapat Ghassan bin ‘Ubaid, beliau seorang yang dha’if. Ibn Hibban pula menilai beliau sebagai thiqah. Perawi-perawi lain adalah para perawi sahih".
Saya berkata: Ghassan bin ‘Ubaid, Ahmad berkata: "Kami telah menulis hadith daripada beliau dan aku mengoyak hadihnya". Ibn Ma’in, Ibn ‘Adi dan lain-lain menilai beliau sebaga dha’if. Beliau adalah kecacatan bagi hadith tersebut. Selain itu, hadith paling sahih yang diriwayatkan dalam bab ini adalah hadith yang telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (4/487 – Fath), al-Nasa’ei dalam al-Yawm Wa al-Lailah (959), Ibn Khuzaimah (4/91 – 92/2424), al-Baihaqi dalam al-Da’ail (7/107-108), al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (4/460-462) dan al-Hafiz dalam al-Ta’liq (3/296) melalui sanad ‘Uthman bin al-Hatham, katanya ‘Awf telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Sirin daripada Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah SAW telah mewakilkan aku untuk menjaga zakat Ramadhan, lalu sesuatu telah datang kepadaku, dia mencari-cari makanan, lalu aku pun memegangnya..lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Dalam hadith itu, seekor jin telah berkata kepada Abu Hurairah: "Jika kamu mendatangi tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi daripada awal hingga akhir, kerana sesungguhnya Allah akan menurunkan kepadamu satu penjaga dan syaitan tidak akan dapat menghampirimu hingga subuh". Lalu Nabi SAW bersabda: "Ingatlah! Sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu, sedangkan dia seekor yang gemar berdusta".
Al-Nawawi berkata dalam al-Azkar (75-76): al-Bukhari telah mengeluarkannya dalam Sahih beliau, katanya: Dan ‘Uthman bin Haitham berkata, ‘Awf telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Sirin dan Abu Hurairah, ianya bersambung sanad. Ini kerana ‘Uthman bin al-Haitham merupakan salah seorang guru al-Bukhari yang beliau riwayatkan dalam Sahihnya. Adapun berhubung kata-kata Abu Abd Allah al-Humaidi dalam al-Jam’ Baina al-Sahihayn bahawa al-Bukhari telah mengeluarkannya secara Mu’allaq, ianya tidak boleh diterima. Ini kerana, mazhab yang sahih lagi terpilih di sisi ulama dan dipegang oleh para peneliti bahawa kata-kata al-Bukhari dan lain dengan "dan si fulan berkata", menunjukkan beliau mendengarnya daripada gurunya dan bersambung sanadnya jika dia bukan seorang mudallis dan beliau telah bertemu dengan gurunya. Hadith ini termasuk kaedah tersebut".
Al-Hafiz telah memberikan komentar terhadap al-Humaidi dalam al-Nata’ij, katanya: "Apa yang disebutkan oleh al-Syeikh (al-Nawawi) daripada al-Humaidi, seraya al-Nawawi mempertikaikannya. Al-Humaidi tidak bersendirian, bahkan beliau diikuti oleh al-Isma’ili, al-Daraqutni, al-Hakim, Abu Nu’aim dan lain-lain. Ianya pandangan yang diamalkan oleh para mutaakhirin dan para huffaz seperti al-Dhiya’ al-Maqdisi, Ibn al-Qattan, Ibn Daqiq al-‘Id, dan al-Mizzi. Al-Khatib berkata dalam al-Kifayah: "Lafaz: ‘Dia berkata’, tidak menunjukkan bahawa dia telah mendengar kecuali bagi orang yang diketahui menurut kebiasaannya dia tidak akan menyebutkannya kecuali pada tempat yang beliau mendengar hadith". Ibn ‘Allan telah menukilkan daripada al-Hafiz dalam al-Futuhat (3/147).
Saya berkata: Sebetulnya adalah pandangan yang disebutkan oleh al-Hafiz. Benar, jika bentuk ayat adalah "Dia telah berkata kepada saya", maka secara zahirnya menunjukkan bersambung. Al-Bukhari dalam Kitab al-Azan melalui Sahih beliau (2/334 – Fath) telah berkata: "Adam telah berkata kepada kami, katanya Syu’bah telah menceritakan kepada kami….". Kata al-Hafiz: "Kata al-Bukhari: ‘Adam telah berkata kepada kami’ adalah bersambung, kerana banyak kali saya menemui tempat-tempat yang al-Bukhari sebutkan: ‘Dia telah berkata kepada kami’ dalam Sahih beliau, al-Bukhari telah keluarkannya dalam tulisan-tulisan beliau yang lain dengan lafaz: ‘Dia telah menceritakan kepada kami’."
Ditempat lain dalam al-Fath (1/156) al-Hafiz berkata: "Sesungguhnya saya telah melakukan penelitian pada banyak tempat yang al-Bukhari sebut dalam al-Jami’ dengan: ‘Dia telah berkata kepada saa’, saya menemui pada tempat lain dalam tulisan beliau selain al-Jami’, al-Bukhari berkata: ‘Dia telah menceritakan kepada kami’. Al-Bukhari tidak mengharuskan untuk menyebutkan lafaz Tahdith pada riwayat secara ijazah. Ianya menunjukkan bahawa hadith-hadith tersebut didengari di sisi beliau…". Untuk memperincikan perbahasan tersebut juga ada tempat yang lain.
Antara hadith yang thabit tentang bacaan al-Qur’an sewaktu keadaan hendak tidur adalah sabda Baginda SAW SAW: "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu untuk tidur, maka bacalah surah al-Kafirun, kemudian tidurlah dengan menjadikannya sebagai bacaan terakhir. Ianya akan membaskan kamu daripada syirik".
Ianya hadith yang hasan sebagaimana yang telah saya lakukan penelitian dalam Junnah al-Murtab (bab : 10). Di sana terdapat hadith-hadith lain selain hadith yang telah saya sebutkan.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.